Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Masih baru bermain Gundam Battle: Gunpla Warfare? Ini Tips Asas untuk anda!

Senang cerita, bina gundam terbaik untuk kemenangan!

Nyny.A by Nyny.A
August 29, 2019
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Masih baru bermain Gundam Battle: Gunpla Warfare? Ini Tips Asas untuk anda!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada anda yang belum tahu Gundam Battle: Gunpla Warfare (GBGW) telah pun dilancarkan di platform mobile Android dan iOS pada awal bulan lalu. Sebelum keluaran beberapa ciri-ciri permainan dari siri anime terkenal Gundam ini juga telah dikongsikan!

Jadi, kami tidak mahu lepaskan peluang dan selami sendiri dunia GBGW ini. Dalam permainan ini, pemain dikehendaki untuk membina Gunpla sendiri. Kita boleh memilih secara auto untuk bahagian Gunpla yang terbaik atau buat secara manual antara bahagian kepala, tangan, badan, kaki dan belakang. Pilihan auto menyenangkan sedikit kerja kita, kerana kesemua pilihan auto adalah yang terbaik untuk Gunpla Utama pemain. Walaupun auto, anda tetap kena selalu naik taraf bahagian-bahagian gunpla kita untuk menjadikanya yang terkuat.

Terdapat 9 slot untuk kita membina Gunpla kita, tetapi hanya tiga sahaja yang boleh dipilih untuk perlawanan. Jadi anda boleh fokus kepada 3 Gunpla utama ini untuk bertahan di setiap perlawanan. Gunpla boleh menyerang dari jarak pendek dan jarak jauh, menggunakan perisai highquality untuk memperbaiki pertahanan serta statistik rintangan. Juga, anda boleh mengubah tugas mereka dengan menukar AI Pilots. Anda akan maju melalui mod cerita dan membuka kunci mod permainan lain seperti arena, misi harian, acara, dan lain-lain. Dalam perkongsian hari ini, kami akan berkongsi Tips dan Trick bagi pemain baru terutamanya tentang bagaimana untuk terus maju ke dalam permainan, mendapatkan lebih banyak Capital + Haro Chips dan meningkatkan keseluruhan CPWR (Kuasa) Gundam anda.

Jadi sekarang ini kita tengok pula tips pendek untuk anda yang pemain baru untuk fahami;

Buat misi penceritaan dahulu! (Story Mission)

Selesai sahaja sesi tutorial permainan, anda haruslah selesaikan misi penceritaan sehingga ke Chapter 3 untuk membuka misi-misi lain. Tetapi jangan terus berhenti bermain misi-misi cerita ini, dari sini lah anda akan mendapat EXP pemain, EXP Gunpla, Capital (duit dalam GBGW), Haro Chip dan banyak lagi barangan lain.

Selesaikan misi-misi didalam mod penceritaan untuk mendapat lebih Haro Chip dan anda boleh membeli Capsule untuk bahagian-bahagian Gunpla rsecara random dari rank 1 bintang hingga 5 bintang, serta AI Pilot.

Sebelum setiap petempuran, pemain dibenarkan untuk set up skuad yang akan bertempur. Seperti yang disebutkan diatas tadi, kita boleh mengguna sehingga 3 Gunpla untuk pertempuran. Setiap peringkat ada anggaran CPWR, jadi pemain boleh mengubah dengan menekan button ‘Form Squad’. Jadi pastikan CPWR anda adalah lebih dari pihak lawan! Anda juga boleh mengasingkan awal-awal di menu> form squad untuk mengekalkan 3 Gunpla untuk pertempuran. Lepas itu, anda boleh memilih pasangan (partner) dari rakan Gunpla pemain, mereka akan hadirkan satu Gunpla mereka untuk pertempuran.

Buat Gunpla dan Tempur cara terbaik!

Setiap Gunpla mempunyai 9 bahagian berbeza yang juga termasuk AI Pilot dimana pemain boleh milikinya untuk menambah parameter dan CPWR. Sesetengah bahagian mempunyai EX Skill, Part Traits dan World Tag. Apa perbezaan nya jom lihat sini;

  • Ex Skills – Boleh dilihat ketika petempuran dimana boleh diaktifkan dengan tapping ikonya. Kemahiran ini turut mempunyai masa ‘cooldown’ sebelum digunakan lagi.

  • Part Traits – Ciri-ciri ini pada dasarnya mengandungi kesan khas jika ia dilengkapi dengan Gunpla pemain juga akan menyeragamkan dengan baik ciri-ciri bahagian AI Pilot pemain. Senang cerita, jika anda ada bahagia 3 bintang keatas, lebih bagus menggunakan itu dari rank yang lebih bawah bagi menguatkan Gunpla anda.

  • World Tag – Sebenarnya ia tidak berapa penting, pemain boleh buat pilihan sendiri untuk guanakanya atau tidak. Jika pemain nak bina secara auto Gunpla mereka, boleh terus tekan ‘Auto Build’. Pemilihan Auto Build ini selalunya dari bahagian Gunpla yang terbaik untuk menjadi sebuah Gunpla yang kuat!
  • Tambahan: Pemain juga boleh ubah warna Gunpla dengan warna-warna yang didapati!
  • Tips: Jika anda rasa nak senang lebih mudah menggunakan autobuild untuk pembinaan Gunpla anda!

Tempuran jika boleh gunalah secara manual dan jangan lah tukar auto. Kalau anda tukar auto untuk pertempuran ianya akan menjadi tersangatlah bosan. Jika manual anda akan kawal sendiri dan merasakan kehangatanya.

Job License?

Apakah Job License ini? Setiap AI Pilot mempunyai 1 job License dimana pemulaan menjadi All-Rounder. Ianya juga boleh diubah mengikut keistimewaan Jom License dan anda boleh memilih antara 7 daripada nya;

  • All-Rounder – Tugas biasa yang kesemua AI Pilot ada.
  • Defender – Tugas pertahanan. Meningkatkan HP dan Pertahanan yang membolehkan anda menjaga dalam semua arah. Ianya termasuk fungsi ‘auto-guard’
  • In-Fighter – Tugasnya bertempur untuk tingkatkan serangan jarak dekat. Tap dua kali dan lepaskan serangan penamat yang gempak. Tidak boleh melindung, tetapi boleh meningkatkan ‘License Gauge’
  • Out-Fighter -Tugas bertempur yang meningkatkan serangan jarak dekat. Tap dua kali untuk melangkah dan melepaskan langkah penamat yang dahsyat. Termasuk fungsi auto-guard.
  • Middle-Shooter – Tugas bertempur yang meningkatkan serangan jarak serdenahana dan membolehkan anda menyerang tembakan yang dikenakan. Juga, mempunyai pengawal automatik.
  • Long-Shooter – Tugas bertempur yang meningkatkan serangan jarak jauh dan membolehkan anda menembak tembakan yang disasarkan. Walau bagaimanapun, ia tidak mempunyai keupayaan auto-guard seperti tugas Middle Shooter.
  • Suporter – Mengurangkan masa cooldown untuk Kemahiran EX jenis sokongan serta masa cooldown untuk Kemahiran EX yang digunakan oleh ahli pasukan. Tidak dapat mengawal, tetapi membolehkan anda mengenakan Charge License Guard.

Naik taraf bahagian Gunpla!

Jadi nak Gunpla yang hebat dah semestinya anda perlu menaikkan taraf bahagian-bahagianya terutama CPWR dan parameter nya. Untuk naik taraf barangan ini anda boleh lihat di Menu > Upgrade.

Ada dua bahagian yang anda harus ambil perhatian. Tetapi, seeloknya anda menaik taraf barangan yang anda gunakan. Seperti barangan yang 3 bintang keatas, dari situ nanti jika anda auto-build Gunpla anda, ia akan mengambil bahagian yang telah dinaiktaraf ini. Pertama Upgrade – disini dimana anda boleh guna barangan yang masih tidak digunakan atau terus naik taraf barangan yang sedia ada untuk memberi lebih EXP. Jika barangan terlalu banyak, anda boleh menjualnya di bahagian sell. (Tips jangan jual barangan 3bintang ke atas!).

Kedua kita mempunyai Tune Up– Sebaik sahaja bahagian gunpla anda mencapai tahap maksima, anda boleh ‘Tune Up’ untuk meningkatkan parameternya sehingga level 20 dan ianya juga meningkatkan tahap maksimum untuk Kecemerlangan EX / Ciri Bahagian.

Okay perkongsian yang penting tamat disini. Nantikan artikel kami yang lain mengenai Gunpla Battle : Gunpla Warfare yang akan datang. Harap ini dapat membantu pemain baru dan mengfokuskan benda yang penting dahulu untuk awal permainan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Game TipsGBGWgundamGundam Battle: Gunpla Warfaregunplamobile games
Previous Post

Alatan yang diperlukan untuk mulakan Live Stream di Facebook Live!

Next Post

Pengumuman Besar untuk judul baru Resident Evil “Project Resistance” pada 9 September 2019!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pengumuman Besar untuk judul baru Resident Evil “Project Resistance” pada 9 September 2019!

Pengumuman Besar untuk judul baru Resident Evil "Project Resistance" pada 9 September 2019!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd