Bersempena dengan Anime Expo 2023, Aniplex telah mengumumkan Season 2 bagi Mashle: Magic and Muscles yang bakal ditayangkan pada bulan Januari 2024!
Menurut video teaser pengumuman, season 2 bakal menceritakan tentang The Divine Visionary Candidate Exam Arc. Di dalam trailer tersebut, mereka menjelaskan tentang Innocent Zero yang telah membantu enam banduan Hecatrice melarikan diri. Dari situ, kita melihat watak seperti Mash Burnedead, Dot Barrett, Finn Ames dan Lance Crown berhadapan dengan pelbagai musuh. Khususnya, Galuf yang akan memainkan peranan besar dalam season 2 nanti.

Berikut adalah sinopsis Mashle: Magic and Muscles:-
“Berlatarkan dunia ajaib di mana posisi seorang individu dalam masyarakat ditentukan oleh kuasa dan kemahiran mereka menggunakan ‘magic’, Mash Burnedead ialah seorang lelaki muda tanpa sedikit pun kuasa magic dalam badannya. Duduk jauh di dalam hutan, dia menghabiskan masanya berlatih dan bersenam sambil menikmati kehidupan yang aman bersama bapa angkatnya, Regro.”
“Tetapi suatu hari, nyawa mereka tiba di dalam ancaman!”
“Untuk mendapat semula kehidupan yang aman bersama Regro, Mash perlu menjadi seorang Divine Visionary, gelaran yang hanya diberikan kepada pelajar luar biasa dari Easton Magic Academy. Walaupun tidak mempunyai sebarang kuasa magic, Mash tetap pergi ke akademi, bertekad untuk terus hidup dan menunjukkan kepada dunia bahawa ‘muscle’ boleh mengalahkan ‘magic’.”
Mashle: Magic and Muscles Season 2 bakal mula ditayangkan pada Januari 2024.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post