Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel’s Spider-Man 2 akan keluar September ini, khabar angin dari sumber dipercayai

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 17, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Khabar angin, PS5
0 0
0
Marvel’s Spider-Man 2 akan keluar September ini, khabar angin dari sumber dipercayai
Share on FacebookShare on Twitter

Sehingga hari ini, PlayStation dan Insomniac Games masih belum memberikan tarikh keluaran rasmi untuk Marvel’s Spider-Man 2, di mana satu-satunya info kita tahu adalah game ini akan dilancarkan pada tahun “2023“. Tetapi menurut laporan/khabar angin daripada sumber boleh dipercayai, Marvel’s Spider-Man 2 nampaknya akan dikeluarkan pada September 2023.

Spider-Man 2 in September could be a factor, too

— Jason Schreier (@jasonschreier) April 13, 2023

Maklumat ini berasal daripada Jason Schreier melalui satu posting di Twitter. Mungkin ramai yang tidak mengenalinya, jadi izinkan saya beri bio ringkas.

Schreier merupakan wartawan untuk media Bloomberg, dan boleh dikatakan antara sumber paling boleh dipercayai, dan memiliki kredibiliti tinggi dalam industri gaming. Selama bertahun-tahun, Schreier berjaya menyampaikan banyak laporan tepat dan sahih – jadi walaupun ada info tidak benar tentang Spider-Man 2 pada masa lepas oleh media lain, sekurang-kurangnya anda boleh percaya Jason Schreier.

Satu lagi sebab adalah majoriti khabar angin, laporan dan info bocor memberi info yang sama; Marvel’s Spider-Man 2 akan keluar pada bulan September! Bulan lepas, Tony Todd (pelakon yang memainkan Venom dalam game), tanpa sengaja beritahu bahawa game tersebut akan lancar pada September 2023 dan siap berkata bahawa “publisiti besar-besaran akan bermula pada bulan Ogos termasuk trailer”. Tidak lama selepas itu, dia menarik balik kenyataannya barangkali selepas dimarah oleh PlayStation.

Tweet oleh Tony Todd

Kembali ke topik asal; walaupun Schreier kata Spider-Man 2 akan dikeluarkan pada bulan September, dia tidak memberitahu tarikh yang tepat, jadi peminat masih perlu menunggu. Pada masa yang sama, info ini pun tidak pernah disahkan secara rasmi oleh Insomniac Games atau PlayStation. Seelok-eloknya, janganlah anda letak 100% kepercayaan dahulu.

Andai kata laporan ini betul, ini bermaksud peminat hanya perlu menunggu kira-kira lima bulan lagi manakala pemasaran besar-besaran akan berlaku dalam masa terdekat. Dan jika anda perasan, PlayStation pun mengubah strategi semasa dan lebih menumpukan perhatian pada pemasaran selama 2-3 bulan sebelum tarikh pelancaran berbanding pemasaran awal tanpa henti.


Buat sesiapa yang berminat, anda boleh cuba dahulu Marvel’s Spider-Man (2018) dan sekuelnya Miles Morales yang kini tersedia di PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC. Baca segala liputan kami tentang francais Spider-Man di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: khabar anginMarvel’s Spider-Man 2ps5
ShareTweetSend
Previous Post

Jujutsu Kaisen: Harapan Untuk Gojo Terlepas Daripada Prison Realm Semakin Cerah! [SPOILER]

Next Post

Black Clover 357 – Jack Gunakan Magic Terakhir, Perlawanan Yami Bersama Morgen Akan Bermula!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Black Clover 357 – Jack Gunakan Magic Terakhir, Perlawanan Yami Bersama Morgen Akan Bermula!

Black Clover 357 - Jack Gunakan Magic Terakhir, Perlawanan Yami Bersama Morgen Akan Bermula!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd