Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel’s Avengers menyingkirkan item “Pay-to-Win” dari Marketplace!

Maira by Maira
November 3, 2021
in Artikel, Berita, Genre, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Marvel’s Avengers menyingkirkan item “Pay-to-Win” dari Marketplace!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mendapat yang pelbagai daripada pemain, Marvel’s Avengers akan menyingkirkan consumable booster yang anda boleh dapatkan di Marketplace permainan itu. Sejak dilancarkan, permainan multiplayer hero itu telah disokong dengan kandungan percuma tambahan seperti hero baru, jalan cerita dan barangan kosmetik berbayar. Walaupun begitu, Marvel’s Avengers baru-baru ini menambah item consumable berbayar yang memungkiri janji yang dibuat oleh pembangun Crystal Dynamics dan mencipta situasi “pay to win”.

Sebelum pelancaran Crystal Dynamics mengumumkan rancangan untuk terus mengeluarkan kandungan baharu untuk Marvel’s Avengers dari semasa ke semasa, termasuk pengembangan percuma dan kosmetik berbayar. Pembangun dengan jelas menyatakan bahawa Marketplace permainan hanya akan menjual barangan kosmetik, seperti skin dan nameplate untuk mengelakkan situasi di mana pemain mendapat kelebihan dengan membeli item berbayar.

Kemudian, pada awal Oktober, item berbayar telah ditambahkan yang meningkatkan jumlah sumber yang boleh diperoleh pemain semasa gameplay. Ini telah membuatkan ramai pemain membantah terutamanya selepas experience gain(exp) dikurangkan pada awal tahun 2021. Marvel’s Avengers mengabaikan kontroversi “pay to win” dan mula mengelak media sosial dan kemudian enggan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut.

Kini, Marvel’s Avengers secara rasmi mengumumkan bahawa semua item berbayar akan dikeluarkan dari Marketplace pada 2 November. Item Hero’s Catalyst dan Fragment Extractor masih akan hadir dalam permainan, tetapi ia akan diperoleh sebagai ganjaran dan bukannya dibeli. Mesej pembangun menjelaskan bahawa booster berbayar tidak dianggap sebagai item “pay to win” sebelum dikeluarkan tetapi respons pemain telah mendorong kepada penyingkiran item tersebut. Crystal Dynamics menyatakan bahawa penyingkiran booster ini diharapkan akan menjadi satu langkah ke arah membina semula keyakinan pemain terhadap permainan.

RelatedPosts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

We have decided that by the end of today we will remove Hero’s Catalysts and Fragment Extractors for purchase. pic.twitter.com/8am9nSstP2

— Marvel's Avengers (@PlayAvengers) November 2, 2021

Walaupun item comsumable berbayar telah disingkir dari Marketplace Marvel’s Avengers, item kosmetik baru masih diperkenalkan dengan kerap. Permainan ini pada asalnya dilancarkan tanpa sebarang skin berdasarkan Marvel Cinematic Universe (MCU), tetapi reka bentuk live action Earth’s Mightiest Heroes kini menjadi skin paling popular dalam permainan itu. Suitcase Armor Iron Man 2 baru-baru ini telah ditambah pada permainan, membolehkan pemain mencipta semula adegan racetrack filem 2010 itu. Skin MCU yang sangat terperinci telah dilihat oleh ramai orang sebagai cara untuk Marvel’s Avengers memasukkan mikrotransaksi berbeza dengan tuduhan “pay to win” yang dilemparkan.

Pada tahun pertama sejak dilancarkan, Marvel’s Avengers telah membuat sejumlah langkah yang salah. Permainan ini terus menerima kritikan kerana kekurangan kandungan akhir permainan dan kontroversi terbaru ini membuatkan keadaan bertambah buruk. Walau bagaimanapun, dengan menyingkirkan item berbayar dari Marketplace dan berkomunikasi yang jelas dengan komuniti pemain adalah langkah pintar untuk Crystal Dynamics. Hanya masa yang akan menentukan sama ada permainan ini akan terus bertambah baik kerana komunitinya juga masih lagi belum kukuh. Jika anda inginkan liputan lain mengenai permainan ini, sila klik pada pautan ini.

Sumber: Screenrant

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Marvel's AvengersMikrotransaksipay-to-win
Previous Post

Kratos, Aloy & Ratchet menjadi bintang Liga Juara-Juara UEFA dalam iklan baru PlayStation

Next Post

Netflix Games Kini Dilancarkan ke Seluruh Negara

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Netflix Games Kini Dilancarkan ke Seluruh Negara

Netflix Games Kini Dilancarkan ke Seluruh Negara

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd