Nampaknya kita ada lebih banyak lagi berita tentang Marvel’s Avengers sebelum hari pelancarannya pada 4 September. Cuma kali ini, ia ada kaitan dengan beta yang sudah berlalu. Square Enix mengumumkan di Twitter bahawa beta Marvel’s Avengers secara rasmi adalah beta yang paling banyak dimuat turun pada peranti PlayStation di seluruh dunia.
A heroic achievement — the Marvel's Avengers Beta was globally the most-downloaded beta in PlayStation history. Congrats to our team @CrystalDynamics!#EmbraceYourPowers on September 4 https://t.co/UVFJmEgcrq pic.twitter.com/lAMniXczWg
— Square Enix (@SquareEnix) September 2, 2020
Sebagai peringatan, Square Enix mempunyai pengaturan eksklusif dengan Sony untuk PlayStation 4. Ini bermaksud bahawa mereka yang mempunyai konsol tersebut mempunyai akses awal ke beta Marvel’s Avengers. Mereka yang membuat pra-pesanan boleh bermain seawal 7 Ogos 2020 di mana kemudian beta terbuka akan bermula pada 14 Ogos 2020, hari yang sama untuk mereka membuat pra-pesanan di versi Xbox One atau PC.
Mereka juga menghadiahkan kandungan Marvel’s Avengers eksklusif untuk PlayStation selepas pelancaran. Spider-Man akan menjadi watak eksklusif pada sistem PS4 dan beberapa barang kosmetik dan “Community Challenges” hanya tersedia untuk pemain PS4 dan PS5.
Our Marvel’s Avengers BETA was BIG. How big? Check out our Beta Infographic. #Reassemble pic.twitter.com/DzQRAel3yB
— Marvel's Avengers (@PlayAvengers) August 29, 2020
Marvel’s Avengers akan hadir ke PlayStation 4, Xbox One, dan PC pada 4 September 2020. Ia juga akan menuju ke PlayStation 5 dan Xbox Series X tidak lama lagi. Sekiranya anda mempunyai versi PS4 atau XB1, anda boleh mendapatkan upgrade next-gen percuma. Untuk baca segala liputan kami tentang Marvel’s Avengers, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post