UPDATE:
“Marvel vs. Capcom Fighting Collection: Arcade Classics” akan dilancarkan secara digital untuk PlayStation 4, Switch dan PC melalui Steam pada 12 September. Edisi fizikal akan dilancarkan kemudian untuk PlayStation 4 dan Switch pada 22 November.
Capcom telah mengumumkan koleksi fighting game ‘Marvel vs Capcom Fighting Collection: Arcade Classics‘ untuk PlayStation 4, Switch dan PC melalui Steam, yang akan dilancarkan secara fizikal dan digital pada 2024.
Bersama pengumuman ini, anda boleh menonton trailer khas di bawah:
Dibawa khas untuk peminat fighting game, peminat buku komik dan peminat superhero, Marvel vs Capcom Fighting Collection: Arcade Classics menawarkan koleksi game legasi yang mengumpulkan pelbagai watak ikonik daripada dunia Capcom, Marvel, SNK dan banyak lagi ke dalam suatu bungkusan, bersama ciri-ciri moden yang dipertingkatkan dan gameplay kompetitif.

Alami semula segala nostalgia atau cuba sejumlah game klasik buat kali pertama, koleksi padat ini termasuk tujuh game dalam pakej all-in-one, termasuk:
- X-Men: Children of the Atom
- Marvel Super Heroes
- Marvel vs. Capcom: Clash of Super Heroes
- Marvel vs. Capcom 2: New Age of Heroes
- Marvel Super Heroes vs. Street Fighter
- X-Men vs. Street Fighter
- The Punisher

Ciri-Ciri Tambahan

- Semua fighting game dalam koleksi ini mempunyai perlawanan online ranked, perlawanan kasual dan perlawanan lobi supaya pemain dapat mempamerkan kebolehan mereka kepada rakan-rakan, keluarga dan pemain lain dari seluruh dunia.
- Online play untuk koleksi game ini disokong dengan rollback netcode untuk pengalaman online yang kukuh dan stabil!
- Global high score leaderboard ditambah ke setiap game dalam koleksi supaya pemain boleh melihat perjalanan mereka untuk menjadi yang terhandal!
- Spectator Mode tersedia supaya anda boleh menonton rakan-rakan lain bertarung!
- Fitur baharu dan dikemas kini seperti music jukebox, Museum in-game, display filter baharu dan banyak lagi!

@gamersantaimy
Discussion about this post