Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 5, 2025
in Artikel, Berita, Epic Store, Fighting, PC, PS5, Steam
0 0
0
MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment dan Arc System Works telah mengumumkan MARVEL Tokon: Fighting Souls, sebuah fighting game baharu berkonsep four-versus-four tag team yang menjanjikan pengalaman penuh aksi dan keterujaan. Ia akan dilancarkan pada tahun 2026 di PlayStation 5 serta PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Dijelaskan lagi oleh penerbit kanan XDEV, Reed Baird, di PlayStation Blog, game ini bakal membawa nafas baharu dalam genre fighting game dengan sentuhan dunia Marvel.

Hasil kerjasama antara PlayStation Studios, Arc System Works dan Marvel Games, MARVEL Tokon: Fighting Souls memperkenalkan pendekatan segar kepada konsep tag team fighter.

Game ini menampilkan barisan watak Marvel yang direka semula dengan gaya visual yang menarik, pentas yang meriah, runut bunyi bertenaga, dan persembahan visual yang mengagumkan. Ia direka untuk menarik perhatian pemain baharu serta peminat tegar genre ini.

Seperti biasa, Arc System Works menyuntik kepakaran mereka dalam mencipta sistem gameplay yang mudah dikuasai namun mempunyai kedalaman yang mencabar, sesuai untuk pemain kasual mahupun mereka yang lebih kompetitif.

Pemain akan dapat menyertai pertempuran dengan pelbagai watak ikonik Marvel seperti Captain America, Iron Man, Spider-Man, Doctor Doom, Storm, Ms. Marvel, Star-Lord dan Ghost Rider (Robbie Reyes).

Setiap watak dihidupkan dengan sentuhan rekaan unik Arc System Works, dilengkapi set Normal, Special dan Ultimate Skill yang diinspirasikan daripada latar belakang cerita mereka. Watak-watak ini bukan sekadar dikitar semula, sebaliknya dibangunkan semula dengan gaya gameplay yang segar agar setiap pahlawan terasa berbeza dan unik.

Namun, kekuatan Fighting Souls tidak terletak pada wataknya sahaja. Ia turut menekankan sistem tag team yang lebih dinamik dan menarik. Daripada serangan pantas jarak dekat sehinggalah kepada Ultimate Skill yang dramatik dan sinematik, setiap perlawanan menonjolkan pergerakan yang lancar serta strategi.

Arc System Works memberi tumpuan penuh dalam meningkatkan aspek kerjasama pasukan, menjadikan setiap perlawanan sebagai gabungan aksi, taktik dan koordinasi.

Pentas-pentas dalam game ini turut menjadi salah satu tarikan utama, dipenuhi dengan ‘Easter eggs’ untuk peminat tegar Marvel. Setiap pentas memuatkan beberapa kawasan berbeza, dengan peralihan antara kawasan yang bukan sahaja indah secara visual, tetapi turut memberikan kelebihan taktikal dalam pertempuran.

Menurut Baird, ini hanyalah pengenalan awal. Dalam bulan-bulan akan datang, lebih banyak maklumat akan didedahkan termasuk senarai watak penuh, pentas-pentas baharu, mod gameplay serta ciri online yang ditawarkan. Peminat boleh menjangkakan lebih banyak pendedahan menarik menjelang pelancarannya nanti.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MARVEL Tokon: Fighting Souls
ShareTweetSend
Previous Post

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!

Next Post

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater - Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd