MARVEL Super War sudah melancarkan musim 4! Bersamanya, siri acara terhad yang diilhamkam oleh Black Widow akan hadir dengan Hela dan War Machine yang menggunakan skin Epic daripada siri “Opposite Realm” untuk menunjukkan versi baik dan jahat dalam cara baru. Akhir sekali, seorang Mutant berbakat dengan abiliti teleportasi dan kuasa Limbo bernama Magik akan membuat penampilan sulungnya!
https://www.facebook.com/MARVELSuperWar/posts/967674770407400
Bermula daripada kemas kini musim 4, acara bertema selama 6 minggu ini akan disediakan di MARVEL Super War. Pemain boleh memasuki giveaway untuk hadiah menarik termasuk avatar khas dan banyak lagi. Selain itu, penjahat “Taskmaster” akan menyertai medan perang. Dengan kemampuan untuk meniru pergerakan dan kemahiran adiwira lain dengan serta-merta, Taskmaster pasti akan membawa kekacauan. Juga tersedia dalam permainan ini adalah skin bertema Marvel Studios Black Widow (filem) untuk Black Widow dan Taskmaster.
Hela and War Machine juga akan menerima kostum baru dalam siri “Opposite Realm“, di mana Goddess of Death berubah menjadi Goddess of Justice, dan War Machine kini menjadi Warbringer bagi membawa kehancuran kepada dunia yang damai.
Seperti yang saya sebutkan di atas, seorang adiwira baru juga akan diperkenalkan pada musim ini iaitu: Magik, seorang ahli sihir dan Mutant yang dapat merentasi dimensi dan mengawal kekuatan Limbo. Dia mengikuti langkah abangnya Colossus dengan menyertai X-Men untuk memimpin pasukan New Mutants. Magik akan menyertai Wakanda sebagai watak jenis Fighter.
Terokai musim baru sekarang dalam MARVEL Super War!

@gamersantaimy
Discussion about this post