Selepas segala ujian beta, MARVEL Super War akhirnya akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Disember 2020! Pengumuman itu dibuat melalui post di Facebook rasmi seperti yang anda boleh lihat di bawah:
Medan perang Marvel ini akan terbuka kepada kedua-dua wira dan penjahat, dan anda boleh memilih mana-mana watak kegemaran untuk dibawa ke pertempuran. Pastikan anda sudah pra-daftar, kerana masih terdapat ganjaran untuk ditebus! Ganjaran yang disediakan adalah:
-
68 crystals
-
Avatar frame
-
Dark Star x1
-
Skin: The Thing
-
Hero – Hawkeye
Jika anda mahu dapatkan Hawkeye, ajak rakan-rakan lain untuk bermain MARVEL Super War bagi mencapai matlamat! Adakah anda sempat cuba game ini semasa tempoh beta kelmarin? Mereka telah memperkenalkan banyak watak baru seperti:
-
Sandman (Tank)
-
Yondu (Marksman)
-
Human Torch (Energy)
Adakah watak Marvel kegemaran anda termasuk sekali? Bayangkan diri sendiri bermain MOBA tetapi menggunakan watak Marvel! Mesti seronok! Jumpa anda di Wakanda pada 19 Disember 2020 apabila MARVEL Super War dilancarkan! Anda boleh pra-daftar di laman web rasmi mereka untuk maklumat lanjut dan jangan lupa usya YouTube mereka untuk tahu karakter mana yang masuk!
@gamersantaimy
Discussion about this post