Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel Snap Rasmi Lancar Pada 18 Oktober di PC dan Mobile! Pra-daftar Sekarang!

Maira by Maira
September 10, 2022
in Android, Artikel, Game, Game Baru, iOS, Mobile, Mobile Game, PC
0 0
0
Marvel Snap Rasmi Lancar Pada 18 Oktober di PC dan Mobile! Pra-daftar Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Marvel Snap telah diumumkan pada beberapa bulan yang lalu dan akhirnya ia mempunyai tarikh pelancaran rasmi. Game kad percuma yang dihasilkan oleh bekas direktor Heartstone ini akan hadir di PC dan mobile pada 18 Oktober! Trailer baru juga telah didedahkan.

Dalam MARVEL SNAP, pemain akan mengumpulkan pasukan impian Marvel daripada senarai wira dan penjahat yang besar, serta mengumpul pelbagai varian seni kad untuk mengalami suasana “collectible card game”(CCG). Setiap kad superhero dan supervillain menampilkan varian artistik yang berbeza; contohnya, kad untuk Lizard mempunyai varian seni piksel, varian yang menampilkan seni ikonik daripada buku komik dan varian yang menampilkan seni unik untuk game khususnya.

Kita pun tidak perlu menunggu lama dalam MARVEL SNAP kerana setiap perlawanan berlangsung selama purata tiga minit+. Setiap perlawanan akan dimainkan di tiga lokasi, contohnya Hellfire Club, Wakanda dan Hala, di mana beberapa modifier diletakkan pada setiap lokasi. Untuk menang, pemain perlu “menakluk” dua daripada tiga lokasi tersebut dengan membuktikan dek kita lebih hebat.

Marvel Snap

Game ini akan menampilkan “lebih daripada 150 kad asas” semasa pelancaran malah setiap watak akan dianimasikan dengan kesan visual 3D yang menyerlahkan abiliti serta kebolehan mereka manakala sesetengah kad mempunyai audio di mana watak akan bercakap dialog ikonik masing-masing.

Marvel Snap

Kad baru akan ditambah di dalam Marvel Snap secara kemas kini bermusim. DIkhabarkan juga bahawa anda boleh mendapat semua kad yang tanpa membuat sebarang pembelian duit sebenar. Apapun, kita tunggu sahaja game ini lancar dahulu sebelum menilai mikrotransaksinya. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Marvel daripada kami, boleh klik pautan ini.

Pre-register sekarang!
Marvel Snap
Publisher: MARVEL
Developer: Second Dinner
Release Date: 2022-10-18
Announce Date: 2022-05-20
Android, iOS, Steam
Dalam MARVEL SNAP, pemain akan mengumpulkan pasukan impian Marvel daripada senarai wira dan penjahat yang besar, serta mengumpul pelbagai varian seni kad untuk mengalami suasana “collectible card game”(CCG).
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: game kadMarvelMARVEL SNAP
Previous Post

Game AR Marvel World of Heroes Akan Lancar 2023, Dihasilkan oleh Pembangun Pokemon GO!

Next Post

Pasukan ShuaiGeDui memenangi Predator League 2022 Malaysia PUBG, bawa pulang RM11,000!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pasukan ShuaiGeDui memenangi Predator League 2022 Malaysia PUBG, bawa pulang RM11,000!

Pasukan ShuaiGeDui memenangi Predator League 2022 Malaysia PUBG, bawa pulang RM11,000!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd