Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel Rivals: Senarai Rasmi Didedahkan, Sebanyak 33 Watak Untuk Pilih!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 2, 2024
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, Senarai, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Marvel Rivals: Senarai Rasmi Didedahkan, Sebanyak 33 Watak Untuk Pilih!
Share on FacebookShare on Twitter

Marvel Rivals, game 6v6 third-person hero shooter yang dinanti-nantikan, dibangunkan oleh NetEase Games bersama Marvel Games, bakal dilancarkan pada 6 Disember 2024! Menjelang pelancarannya, senarai penuh 33 watak yang boleh dimainkan dalam Marvel Rivals telah disahkan, menjanjikan pengalaman epik dengan barisan adiwira dan penjahat Marvel ikonik.

Senarai Marvel Rivals akan menampilkan 33 watak, semuanya boleh dimainkan secara percuma bermula dari hari pelancaran. Trailer terbaharu telah mengesahkan penambahan terakhir ke dalam senarai: Wolverine, Iron Fist, Black Widow, Cloak and Dagger, serta Squirrel Girl.

Lebih banyak hero akan ditambah dalam musim-musim mendatang, meluaskan alam semesta permainan dengan lebih ramai watak kegemaran peminat.

Kredit: Marvel

Game ini memperkenalkan tiga peranan utama: Vanguard, Duelist, dan Strategist. Setiap peranan hadir dengan keupayaan dan gaya permainan unik, memastikan kepelbagaian dan strategi dalam setiap pertempuran.

Berikut adalah senarai lengkap setiap watak mengikut peranan mereka:

Vanguard

Hero-hero ini berperanan sebagai Tank, dan mempunyai daya tahan tinggi untuk bertahan lebih lama serta membolehkan mereka menyerap damage musuh untuk pasukan tanpa mati. Untuk bertahan hidup, mereka memiliki sekurang-kurangnya satu abiliti untuk mengurangkan atau menyekat damage yang diterima.

  • Captain America
  • Doctor Strange
  • Groot
  • Hulk
  • Magneto
  • Peni Parker
  • Thor
  • Venom
Kredit: Marvel

Duelist

Duelist direka untuk memberikan damage maksimum dan menumpaskan musuh. Mereka bertanggungjawab mencari, menyerang, dan mengalahkan lawan dengan abiliti mereka, dan memiliki abiliti yang hanya memanfaatkan diri mereka sendiri.

  • Black Panther
  • Hawkeye
  • Hela
  • Iron Fist
  • Iron Man
  • Magik
  • Moon Knight
  • Namor
  • Psylocke
  • Scarlet Witch
  • Spider-Man
  • Squirrel Girl
  • Punisher
  • Star-Lord
  • Storm
  • Winter Soldier
Kredit: Marvel

Strategist

Strategist membantu pasukan mereka dengan menyembuhkan, meningkatkan damage, dan menyediakan utiliti penting. Mereka biasanya beroperasi di belakang barisan untuk menyokong rakan sepasukan.

  • Adam Warlock
  • Jeff the Land Shark
  • Loki
  • Luna Snow
  • Mantis
  • Rocket Raccoon
Kredit: Marvel

Peranan Belum Disahkan

Walaupun peranan mereka belum diumumkan, watak-watak ini pasti menambah keseronokan:

  • Cloak and Dagger
  • Wolverine
  • Black Widow

Info Pre-Download

Pemain PC boleh mula memuat turun Marvel Rivals pada 4 Disember 2024 melalui Steam dan laman rasmi game. Pemain konsol pula akan dapat memuat turun pada hari pelancaran, 6 Disember.

Game ini akan tersedia untuk platform PC (Steam dan Epic Games Store), PlayStation 5, dan Xbox Series X/S. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Marvel Rivals
ShareTweetSend
Previous Post

BoBoiBoy Galaxy Gentar – Bersiap untuk Gegar Pada 21 Disember 2024!

Next Post

Bleach: Kapten Kyoraku Shunsui Akhirnya Tunjukkan “Bankai Rahsianya” Dalam Anime!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Bleach: Kapten Kyoraku Shunsui Akhirnya Tunjukkan “Bankai Rahsianya” Dalam Anime!

Bleach: Kapten Kyoraku Shunsui Akhirnya Tunjukkan "Bankai Rahsianya" Dalam Anime!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd