Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel Rivals Season 2.5: Hellfire Gala Bawa Masuk Ultron, Peta Arakko & Team-Up Ability Lagi Hebat

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 23, 2025
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Marvel Rivals Season 2.5: Hellfire Gala Bawa Masuk Ultron, Peta Arakko & Team-Up Ability Lagi Hebat
Share on FacebookShare on Twitter

Marvel Games dan NetEase Games baru sahaja mendedahkan maklumat baharu mengenai Marvel Rivals Season 2.5: Hellfire Gala, yang akan dilancarkan pada 30 Mei 2025.

Kemaskini pertengahan musim ini memperkenalkan Ultron sebagai hero boleh main terbaharu, peta baharu Arakko, kebolehan Team-Up yang telah dipertingkat, penyesuaian keseimbangan gameplay, serta ciri-ciri baharu untuk memperkayakan pengalaman pemain.

Ultron Masuk Medan Perang

Season 2.5 menampilkan kemunculan Ultron — Strategist terbang pertama dalam Marvel Rivals. Berikut ialah kebolehannya:

  • Encephalo-Ray (LMB): Menembak pancaran tenaga yang boleh mencederakan musuh.
  • Dynamic Flight (Shift): Membolehkan Ultron terbang pantas ke mana-mana arah.
  • Imperative: Patch (E): Memanggil dron gergasi yang akan mengikuti dan menyembuhkan sekutu, dengan penyembuhan tambahan jika rakan berada berhampiran.
  • Imperative: Firewall (RMB): Menghantar dron untuk memberi tambahan nyawa kepada sekutu di sekitar Ultron dan yang telah ditanda – sesuai untuk mempertahankan kawasan penting.
  • Rage of Ultron (Ultimate): Memanggil dron yang menembak Encephalo-Rays – boleh digunakan untuk menyerang musuh atau menyembuhkan sekutu.

Peta Baharu Arakko

Kredit: NetEase Games

Dalam Season 2.5, pemain akan diterbangkan ke Arakko: sebuah wilayah mekanikal yang kini menjadi markas baharu Ultron. Selepas menggagalkan majlis Hellfire Gala, Ultron telah berubah menjadi X-Tron, merampas Cerebro dan membina kubunya di Arakko. Pulau yang dahulunya merupakan saudara kepada Krakoa ini kini menjadi tanah tandus yang dikuasai teknologi. Pemain perlu bekerjasama dengan mutan Krakoa untuk menawan semula Arakko dan menentang ancaman besar ini.

Team-Up Ability Baharu

Kredit: NetEase Games

Season 2.5 membawa nafas baharu dalam strategi pasukan menerusi beberapa Team-Up Ability yang diperkenalkan:

  • Symbiote Serum: Venom berkongsi kuasa simbionnya dengan Jeff The Land Shark, membolehkan Jeff menggunakan sulur simbiot untuk menyambungkan diri dengan sekutu dan menyembuhkan mereka.
  • Operation Microchip: Kerjasama taktikal antara Black Widow dan The Punisher membolehkan Widow menembak sinar menembus yang boleh mencederakan ramai musuh dalam satu tembakan.
  • Chilling Assault: Luna Snow melengkapkan Hawkeye dengan anak panah ais yang boleh menembusi dinding dan memberikan lebih banyak damage dari jarak jauh.
  • Rocket Network / Tech Pals: Gandingan pintar antara Peni Parker dan Rocket Raccoon menyatukan teknologi mereka—Peni menghantar sarang labah-labah bionik mini, manakala beacon Rocket menghasilkan jaring siber, Spider-Drone dan Arakno-Mine.
  • Stark Protocol: Ultron menggunakan perisai Iron Man untuk menembak pancaran laser menembus yang bukan saja mencederakan musuh tetapi juga menyembuhkan rakan sepasukan dalam masa yang sama.
  • Jeff-Nado: Storm dan Jeff The Land Shark mencipta taufan mini bernama “Jeff Tornado” yang berpusing-pusing sambil memberi damage berterusan dan berupaya menelan musuh.

Team-Up yang Dibuang

Kredit: NetEase Games

Bagi memastikan keseimbangan dalam gameplay, beberapa Team-Up telah dikeluarkan:

  • Chilling Charisma
  • Allied Agents
  • Ammo Overload
  • Symbiote Bond

Selain itu, Iron Man tidak lagi termasuk dalam Team-Up Gamma Charge bersama Hulk dan Namor.

Kemaskini Keseimbangan Hero

Marvel Rivals Season 2.5 turut membawa pelarasan penting demi menjamin gameplay yang lebih adil dan menyeronokkan:

  • Buff: Magneto, Doctor Strange, The Punisher, Storm, dan Squirrel Girl menerima peningkatan kepada abiliti masing-masing.
  • Nerf: Groot, Captain America, Emma Frost, Iron Fist, Human Torch, dan Psylocke mengalami pengurangan kuasa untuk menyeimbangkan impak mereka dalam game.
  • Pelarasan: Jeff The Land Shark dan Luna Snow mengalami perubahan pada set abiliti mereka bagi memperbaiki keseimbangan watak.

Beberapa Team-Up popular seperti Fantastic Four, Hulk-Namor (Gamma Charge), dan Emma Frost-Magneto-Psylocke (Mental Projection) juga sedang dalam proses pelarasan untuk penyesuaian keseimbangan yang lebih baik.

Mod Eksperimen Baharu: Ultron’s Battle Matrix Protocol

Kredit: NetEase Games

Pada 6 Jun 2025, Marvel Rivals akan memperkenalkan mod eksperimen terbaharu yang dinamakan Ultron’s Battle Matrix Protocol: sebuah mod yang diinspirasikan daripada game gaya auto chess seperti Team Fight Tactics. Maklumat penuh tentang mod inovatif ini akan didedahkan menjelang tarikh pelancarannya.

Penambahbaikan Kualiti

Kemaskini kali ini juga memperkenalkan beberapa ciri baharu yang lebih mesra pemain:

  • Avatar Hero Proficiency: Ciri ini akan dipaparkan semasa pemilihan wira, menunjukkan tahap kemahiran dan pengalaman pemain dengan watak pilihan mereka.
  • Mood dan Emoji: Sistem baharu membolehkan pemain mengekspresikan emosi mereka dengan lebih mudah dan menyeronokkan semasa bermain.
  • Musim Lebih Pendek: Bermula dengan Season 3, setiap musim kini akan berlangsung selama dua bulan: membolehkan kandungan dan kemaskini baharu diperkenalkan dengan lebih kerap dan konsisten.
  • Ignite Tournament Series: Untuk pemain yang gemar bersaing secara kompetitif, nantikan pelancaran Ignite Tournament Series yang akan bermula pada bulan Jun ini.

Marvel Rivals kini tersedia di PC (Steam, Epic Games Store), PlayStation 5, dan Xbox Series X|S.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Marvel Rivals
ShareTweetSend
Previous Post

Epic Games Store Tawar Tiga Game Percuma: Deliver At All Costs, Gigapocalypse & Sifu

Next Post

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya
Review

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS
Acara

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS

May 23, 2025
Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Next Post
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd