Dengan acara SDCC (San Diego Comic Con) berlangsung, sudah tentu ramai peminat Marvel ternanti-nanti benda baru daripada Marvel Cinematic Universe (MCU). Berita baiknya kita telah didedahkan dengan senarai penuh MCU Phase 5 berserta tarikh tayangannya. Bukan setakat itu sahaja, MCU Phase 6 juga telah diumumkan bersama-sama beberapa filem baru termasuklah filem Fantastic 4 dan Avenger yang baru. Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda.
/cdn.vox-cdn.com/uploads/chorus_image/image/71166785/Image_from_iOS.0.jpg)
Dengan phase 4 berakhir dengan Black Panther: Wakanda Forever, Marvel Studios tidak teragak-agak untuk meneruskan phase seterusnya dengan filem baru. Berikut adalah senarai penuh MCU Phase 5 berserta tarikh tayangannya:
- Ant-Man and the Wasp: Quantumania – 17 Februari 2023
- Secret Invasion – Spring
- Guardians of the Galaxy Volume 3 – 5 Mei 2023
- Echo – Summer
- The Marvels – 28 Julai 2023
- Loki Season 2 – Summer
- Blade – 3 November 2023
- Ironheart – Fall
- Agatha: Coven of Chaos – Winter 2023/2024
- Captain America: New World Order – 3 Mei 2024
- Daredevil: Born Again – Spring 2024
- Thunderbolts – 26 Julai 2024
Selepas diumumkan pada 2020, akhirnya Secret Invasion yang memaparkan Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury dan Ben Mendelsohn sebagai Talos akan ditayangkan. Kalau anda ingin tahu, projek ini merupakan projek yang berdasarkan komik Marvel pada tahun 2008 yang membawa pembaca mengikuti kisah Skrull yang menyusup ke bumi.

Bercerita tentang MCU Phase 6 pula, kita telah didedahkan dengan tiga filem besar. Untuk siri tv, ia masih belum didedahkan, mungkin kita akan mendapat maklumat lanjut mengenainya pada tahun depan pula. Berikut adalah filem yang didedahkan untuk phase 6:
- Fantastic Four – November 2024
- Avengers: The Kang Dynasty – Mei 2025
- Avengers: Secret Wars – November 2025

Jadi geng, nampaknya Marvel ada banyak lagi benda untuk Avengers kita. Agaknya apalah aksi yang menanti kita nanti. Filem mana yang anda tidak sabar untuk tonton nanti? Harap-harap dapatlah kita tontonnya nanti di pawagam. Filem Thor pula sampai sekarang ditunda. Sabar sahajalah. Untuk mendapatkan liputan lain kami mengenai filem, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post