Awal bulan ini, sebuah game menjadi viral kerana ditapis oleh PlayStation. Bernama Martha Is Dead, tidak ramai yang tahu tentang game ini sehingga berita tentang isu penapisannya mula tersebar. Boleh didapati sekarang di semua platform utama termasuk PlayStation, Xbox & PC, ia hanya ditapis di PS4 dan PS5 sahaja. Menurut developer LKA, isu penapisan itu bertujuan untuk kandungan ganas dan seksual.
Salah satu adegan yang dipersoalkan mengharus kita [sebagai pemain] untuk mengelupas kulit muka dari mayat. Satu lagi adegan yang lebih menakutkan melibatkan kita untuk memotong rahim seorang wanita untuk mengeluarkan janin. Kedua-dua adegan sebenarnya berbentuk “interactive cutscene”. Disebabkan kandungan ini terlalu ganas, game ini menarik perhatian PlayStation, lantas kedua-dua adegan terpaksa diubah suai.

Adegan yang disebutkan di atas masih wujud dalam game , tetapi kini tidak lagi berbentuk interaktif. Pada masa yang sama, LKA telah menambah mode yang menapis semua kandungan sensitif bagi mereka yang tidak berminat dengan adegan ganas seperti ini.
Adegan ganas bukanlah satu-satunya kandungan yang diperhatikan oleh PlayStation kerana beberapa kandungan seksual dalam game juga dipertikaikan. Tidak seperti kandungan ganas yang terpaksa diubah suai, sejumlah kandungan seksual harus dibuang sama sekali. Sebagai contoh, semua rujukan kepada onani telah dibuang.
“Hospital psikiatri merupakan tempat di mana pesakit dimasukkan secara paksa dan di mana mereka sering menghabiskan sepanjang hayat. Ia adalah institusi seperti penjara, yang menyekat setiap aspek kehidupan seseorang dan, oleh itu, onani adalah salah satu daripada beberapa perkara yang pesakit boleh lakukan,” kata LKA mengenai kandungan khusus ini. Dari segi adegan khusus ini, sebuah “voice-over” menceritakan pengalaman tinggal di hospital tersebut dan mengulas bahawa “ada seorang wanita muda yang akan ‘menggembirakan dirinya’ sepanjang hari… tanpa henti, sehingga berdarah.”
Apa pendapat anda tentang isu penapisan Martha is Dead oleh PlayStation? Jangan ragu-ragu untuk berkongsi pendapat di ruang komen!
Sumber: VGC
@gamersantaimy
Discussion about this post