Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mario akan hadir untuk mobile gaming tapi Nintendo perlukan strategi yang lebih mantap

Terutamanya apabila saingan di luar sana yang sengit.

Wakambing by Wakambing
April 15, 2019
in Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
Mario akan hadir untuk mobile gaming tapi Nintendo perlukan strategi yang lebih mantap
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo mengumumkan pelancaran Dr Mario World, permainan puzzle mudah alih baru dan juga Mario Kart Tour yang akan datang ke iOS dan Android pada tahun ini. Aplikasi ini akan menjadi percuma untuk bermain dengan pembelian dalam permainan. Namun, di sebalik pengumuman untuk pelancaran tersebut, Nintendo sebenarnya masih bergerak perlahan untuk mobile gaming. Tambahan pula, mereka lebih dominan sebagai pengeluar konsol permainan video dan tajuk-tajuk besar seperti The Super Smash Bros dan Zelda kekal berada di kedudukan teratas untuk best-seller games.

Why Nintendo's new mobile push for Mario is such a big switch https://t.co/7XVZopbKWC

— CNBC (@CNBC) April 13, 2019

Menurut Carl Livie, pengarah pengurusan di AppLovin, Nintendo mempunyai banyak permainan video yang sesuai untuk dibawa masuk ke telefon mudah alih. Antaranya Dr. Mario dan Mario Kart. Dr Mario adalah game seperti Candy Crush, iaitu game puzzle, manakala Mario Kart amatlah sesuai untuk memberikan pengalaman gaming sebanyak 5-10 minit. Pemain wanita yang berada pada lingkungan umur 25 sehingga 65 telah menyumbang pendapatan lebih dari 1 billion pada tahun 2018 untuk Candy Crush. Jadi, Nintendo melihat ini sebagai satu peluang untuk menceburi industri mobile gaming.

Namun demikian, terdapat beberapa kekangan untuk Nintendo sebelum mereka benar-benar boleh memasuki mobile gaming. Pertama, isu strategik yang tidak ada pada saingan mereka iaitu, konsol kekal menjadi pemacu kewangan mereka. Kebanyakan syarikat-syarikat besar tidak bergantung kepada konsol sebagai hasil pendapatan mereka. Microsoft dan Epic telah keluarkan tajuk-tajuk besar seperti Minecraft dan Fortnite, kedua-duanya membuahkan kejayaan yang terbaik untuk mobile gaming.

Saingan untuk menguasai pilihan platform gaming akan sentiasa bercambah. Netflix dan Hulu telah pun kembangkan strategi mereka untuk peranti mudah alih kandungan penstriman yang membenarkan pengguna untuk menonton movie menggunakan TV, telefon pintar atau pun komputer riba. Malah, Google Stadia juga akan membolehkan pengguna membuat perkara yang sama. Apple pula akan keluarkan ‘Arcade’, servis langganan perkhidmatan untuk PC dan telefon. Adam Bankhurst, penulis berpengalaman untuk IGN berkata:

“Cloud competing akan terus membolehkan permainan terbaru untuk dimainkan di telefon bimbit, ini bermaksud peluang untuk Nintendo menambah tajuk yang lebih kompleks untuk peranti mudah alih akan meningkat, tetapi dalam masa yang sama, persaingan dalam sektor permainan mudah alih juga akan meningkat”

Image result for mobile mario kart

Dalam laporan pendapatan untuk kategori “royalty, telefon pintar dan lain-lain”, Nintendo telah menghasilkan 6% revenue. Tetapi, pendapatan utamanya tetap bergantung kepada konsol hybrid mereka iaitu Switch, yang memberikan lebih untung berbanding mobile gaming.  Joost van Dreunen, pengasas dan CEO untuk SuperData berkata:

“Ekosistem Nintendo bergantung kepada IP dia tersendiri dan peminat yang setia… Jika mereka ingin menjual tajuk-tajuk mereka untuk gaming, ianya adalah sangat efektif untuk menguasai pasaran tersebut.”

Kesimpulannya, cubaan Nintendo untuk memasuki mobile gaming boleh dikatakan agak risiko terutamanya apabila dikelilingi saingan yang hebat. Oleh itu, strategi yang lebih mantap untuk memastikan mereka boleh terus bertahan diperlukan. Jadi, kalau Nintendo betul-betul nak jana pendapatan dan tingkatkan revenue dorang, risiko perlu diambil bersama dengan taktik pemasaran yang sesuai. Goodluck, Nintendo!

Sumber: CNBC

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: dr marioMariomobile gamingnintendo
Previous Post

Penerbit God Of War telah memastikan bahawa tiada DLC yang akan hadir

Next Post

Keterangan Transaksi Mikro dan Saksikan Aksi Kitana, Cetrion, dan D’Vorah didalam Mortal Kombat 11

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Next Post
Keterangan Transaksi Mikro dan Saksikan Aksi Kitana, Cetrion, dan D’Vorah didalam Mortal Kombat 11

Keterangan Transaksi Mikro dan Saksikan Aksi Kitana, Cetrion, dan D'Vorah didalam Mortal Kombat 11

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd