MSI telah mengumumkan permulaan untuk MSI Creator Awards 2022! Anugerah ini telah diadakan selama tiga tahun berturut-turut untuk mengiktiraf dan menggalakkan pencipta kreatif dan cemerlang di seluruh dunia. Selain tiga kategori: Graphic Design, 3D Creation dan Film, akan ada hadiah khas MSI dan People’s Choice, jadi lebih banyak hasil ciptaan berpeluang untuk dilihat. Berikut adalah maklumat ringkas untuk anugerah ini.
- Sertai sekarang:
- Tarikh tutup: 30 Mei 2022
- Hantar di sini: MSI Creator Awards 2022
Dengan penerimaan beribu-ribu karya kreatif yang menakjubkan setiap tahun, MSI bertekad untuk meneruskan sambutan untuk pencipta. Pemenang akan dihadiahkan dengan siri Creator terbaru oleh MSI seperti laptop, desktop, kad grafik atau monitor, yang bernilai lebih $35,000. Kategori anugerah yang disenaraikan adalah seperti berikut:

MSI akan memilih satu penyertaan daripada semua kategori untuk Hadiah Istimewa MSI yang paling menonjolkan semangat jenama MSI. Selain itu, terdapat People’s Choice baru ditambah tahun ini. Dari 15/6 hingga 30/6, akan ada undian dalam talian untuk karya seni yang paling popular. Semua netizen yang menyertai pengundian akan berpeluang memenangi set gaming keyboard dan mouse MSI VIGOR GK30 COMBO.

Untuk menghormati estetika dunia maya, MSI Creator Awards 2022 akan mengambil “Create Your Utopia” sebagai tema pertandingan. Mereka terus menyediakan platform untuk mencipta, serta komited untuk melancarkan produk termaju dengan hasil yang sempurna untuk memacu lebih banyak tenaga kreatif kepada pencipta. MSI tidak sabar untuk melihat apa yang akan berlaku untuk aktiviti, game, kehidupan sosial, pengembaraan dan pembelajaran di Metaverse sementara dunia secara beransur-ansur bergerak ke arah maya. Pencipta Metaverse, mari cipta utopia ideal anda dengan teknologi dan estetika!”, kata Sam Chern, Naib Presiden Pemasaran di MSI.
Pemenang MSI Creator Awards akan dinilai oleh panel pakar yang diiktiraf dari pelbagai bidang, yang pernah bekerja di Disney, memenangi Anugerah Emmy, mengambil bahagian dalam pengeluaran Cars and Toy Story, jurugambar Hollywood, League of Legends dan lain-lain. MSI ingin menyampaikan penilaian seimbang daripada pakar industri ini dengan pengetahuan luas, semangat dan kepakaran mereka, memastikan penyertaan yang menang adalah benar-benar cemerlang dan layak menerima anugerah. Juri ini juga akan mengadakan sesi dalam talian semasa tempoh penyerahan di Youtube dan Facebook MSI untuk berkongsi kemahiran profesional dan pemikiran yang menarik.
- Sesi dalam talian MSI:
- Masa: Setiap hari Ahad bermula 13 Mac sehingga 8 Mei (1 pm waktu Malaysia)
- Klik di sini untuk maklumat lanjut

Jadi, kalau anda berminat untuk serlahkan bakat anda, boleh sertainya melalui pautan ini. Anda juga boleh melawat laman rasmi MSI untuk maklumat lanjut. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai MSI, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post