Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Maraton 3 Filem Detective Conan di GSC September Ini! RM10 untuk Setiap Filem!

Maira by Maira
August 24, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Maraton 3 Filem Detective Conan di GSC September Ini! RM10 untuk Setiap Filem!
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap tahun, Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL) pasti mengadakan tayangan khas filem-filem Jepun melalui acara Japanese Film Festival (JFF). Pada tahun ini, JFF sekali lagi membawa pelbagai jenis filem Jepun yang akan ditayangkan di cawangan GSC terpilih bermula 9 September sehingga 15 Oktober 2023. Yang menariknya, ada beberapa filem lama Detective Conan akan ditayangkan semasa JFF nanti!

Sumber: JFKL

Terdapat tiga filem Detective Conan yang akan ditayangkan nanti iaitu:

  • Detective Conan the Movie: The Last Wizard of the Century
Sumber: Toho

Kaito Kid merancang untuk mencuri Russian Imperial Easter Egg yang jarang ditemui. Conan bersama-sama rakannya tidak sabar-sabar untuk menghentikan pencuri itu dan membongkar misteri yang berkaitan Jeweled Egg itu dan keluarga yang memilikinya.

  • Detective Conan the Movie: Crossroad in The Ancient Capital
Sumber: Toho

Lima orang telah dibunuh dengan sebilah pedang dan patung Buddha penting turut dicuri. Jadi Conan cuba untuk mencari pembunuh dan patung tersebut.

  • Detective Conan the Movie: The Private Eyes’ Requiem
Sumber: Toho

Apabila Conan dan rakan-rakannya melawat taman hiburan Miracle Land, Conan dan detektif Kogoro mendapat permintaan dan ugutan daripada seorang lelaki misteri untuk menyelesaikan kejadian yang berlaku di Miracle Land dan jika mereka gagal, akan berlakunya serangan bom.

Setiap tiket untuk filem ini hanya berharga RM 10. Jadi memang berbaloi untuk anda yang ingin menonton filem-filem lama Detective Conan di pawagam! Marathon filem Detective Conan ini hanya akan ditayangkan pada 9 September untuk pawagam GSC Lembah Klang dan 17 September untuk Pulau Pinang. Berikut adalah senarai pawagam terpilih untuk tayangan filem:

  • Lembah Klang (9 September)
    • GSC Mid Valley
    • GSC 1 Utama
    • GSC NU Sentral
  • Pulau Pinang (17 September)
    • GSC Gurney Megamall
Sumber: JFKL

Sudah tentu ada banyak lagi filem lain yang akan ditayangkan sepanjang JFF 2023. Anda boleh lawati laman web rasmi JFKL untuk melihat senarai penuh filem serta pawagam lain yang terpilih.

Untuk mendapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Detective ConanDetective Conan Movie
ShareTweetSend
Previous Post

Sony umum remote player PlayStation Portal, headset Pulse Elite & earbud Pulse Explore!

Next Post

NetEase umum Project Mugen – free-to-play open world RPG untuk PS, PC & Mobile!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
NetEase umum Project Mugen – free-to-play open world RPG untuk PS, PC & Mobile!

NetEase umum Project Mugen - free-to-play open world RPG untuk PS, PC & Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd