Nampaknya salah satu manhwa kegemaran ramai sudah sampai ke penghujungnya. Minggu ini, manhwa Solo Leveling yang dihasilkan oleh Dubu dari Redice Studio akhirnya tamat dengan jumlah bab sebanyak 179 bab. Manhwa ini pertama kali dilepaskan pada July 2016 dan telah mendapat banyak sambutan dari semua peminat di seluruh dunia.
Selepas memasuki arc terakhir, lebih-lebih lagi dengan pertempuran untuk dunia mereka, memang sudah diduga siri ini akan berakhir. Tetapi disebabkan rentak dari novel ringan Solo Leveling dan manhwa adalah sangat berbeza. Melalui akaun Twitter D&C Webtoon, manhwa ini telah diumumkan tamat secara rasmi pada minggu ini. Bab terakhir mengandungi mesej daripada penulisnya sendiri iaitu Jang Sungrak. Dia berterima kasih kepada semua pembaca dan staf yang menjayakan siri ini.
Manhwa Solo Leveling mungkin sudah tamat di platform Korea, tetapi pada platform rasmi, Tapas, manhwa tersebut masih mempunyai 10 bab lagi untuk ianya tamat secara rasmi untuk bahasa Inggeris. Kalau boleh, sila gunakan platform rasmi untuk membaca manhwa ini sebagai tanda sokongan kepada semua staf yang terlibat dalam penghasilan Solo Leveling. Anda juga boleh membeli versi fizikal untuk novel ringan serta manhwa siri ini.

Kami ada menceritakan serba sedikit mengapa manhawa ini begitu popular dalam kalangan pembaca manhwa. Berikut adalah sinopsis untuk Solo Leveling:
Sepuluh tahun yang lalu, satu “Gate” telah muncul dan menghubungkan dunia nyata dengan alam sihir dan raksasa. Untuk memerangi binatang buas ini, orang biasa menerima menerima kuasa luar biasa dan dikenali sebagai “Hunter.” Sung Jin-Woo yang berusia 20 tahun merupakan salah seorang Hunter tetapi dia dikenali sebagai “Hunter terlemah dunia.” Ini kerana kuasanya lebih lemah daripada orang yang berada dalam E-rank. Namun, dia memburu raksasa tanpa jemu di Gate berpangkat rendah untuk membayar bil perubatan ibunya.
Walau bagaimanapun, hidup Jin-Woo mula berubah apabila dia menyedari bahawa dia ditinggalkan untuk mati bersendirian selepas misi yang dilakukannya mengalami masalah. Dia terjaga di hospital tiga hari selepas itu dan menjumpai sebuah skrin terapung. “Quest Log” ini meminta Jin-Woo untuk selesaikan program latihan yang gila atau dia akan menghadapi hukuman. Pada mulanya dia keberatan untuk mematuhinya kerana quest tersebut semuanya susah tetapi dia menyedari perubahan tersebut mungkin mengubahnya menjadi Hunter paling hebat di dunia.
Sumber: MAL
Untuk membaca segala liputan mengenai manhwa, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post