Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mangaka Attack on Titan berasa sedih dengan kritikan pada bab akhir siri

Maira by Maira
April 7, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Mangaka Attack on Titan berasa sedih dengan kritikan pada bab akhir siri
Share on FacebookShare on Twitter

Siri manga Attack on Titan telah tamat secara rasmi pada April 2021 yang lalu. Walaupun begitu, memang susah untuk buatkan semua peminat berpuas hati, walaupun Isayama Hajime telah berikan usaha terbaik untuk pengakhiran siri itu. Dalam satu temu ramah bersama Shintaro Kawakubo, editor yang bertanggungjawab untuk manga Attack on Titan, menyatakan bahawa mangaka tersebut berasa sedih dengan kritikan yang diberikan peminat mengenai bab terakhir siri itu.

Isayama Hajime

Kawakubo juga mendedahkan bahawa apabila Isayama mulakan siri tersebut, terdapat beberapa cerita yang dia mahu lukis tetapi akhirnya dia telah melukis sesuatu yang diinginkannya sendiri. Tetapi ini cerita 11 tahun lalu semasa Attack on Titan baru bermula. Apabila bab terkahir dilepaskan pada April 2020, Kawakubo berkata kepada Isayama bahawa tiada sesiapa yang akan mengadu mengenai bab terakhir siri itu.

Tetapi selepas bab tersebut mendapat kritikan yang banyak daripada peminat, Isayama berasa terkilan mengenainya. Editor itu telah berkata kepada Isayama bahawa dia akan berasa sedih jika mangaka tersebut menyesal dengan apa yang dilukisnya. Dia juga menambah bahawa siri itu berakhir dengan apa yang Isayama inginkan dan berkata semuanya baik-baik sahaja.

Shintaro Kawakubo

Ada juga perbincangan dengan Isayama mengenai cara untuk sampaikan mesej penting dalam manga tersebut. Katanya:

Jika saya ingin memberitahu orang ramai bahawa “anda tidak sepatutnya membunuh orang”, tidak masuk akal untuk memberitahu mereka secara langsung. Kerana tujuh bilion orang di dunia tahu bahawa “orang tidak boleh dibunuh”, dan disebabkan kejadian pembunuhan masih berlaku sehingga kini, ia adalah usaha yang sia-sia.

Jika itu yang berlaku, maka perkataan “Bunuh orang tidak mengapa” mungkin membawa makna yang lebih berat jika anda hanya melihat hasilnya, kerana ada kemungkinan orang yang mendengarnya akan berfikir “Apa yang anda cakapkan? Perkara yang betul untuk dilakukan ialah tidak membunuh!” Jadi, jika anda mempunyai mesej yang ingin disampaikan, mungkin perkara yang betul untuk melakukannya ialah melukis pekara yang berbeza daripada apa yang diharapkan masyarakat.

Apabila ditanya mengenai karya terbaru daripada mangaka Attack on Titan itu, Kawakubo berkata bahawa mereka sudah tidak berjumpa selama setahun. Nampaknya kita tidak akan mendapat sesuatu yang baru daripada Isayama-sensei buat masa ini. Nantikan sahaja pengumuman rasmi daripada mangaka tersebut. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Attack on Titan, sila klik pautan ini.

Sumber: AnimeSenpai, Gendai IsMedia

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Attack on TitanHajime Isayamamanga
Previous Post

Max Payne 1+2 akan dapat remake di konsol next gen & PC

Next Post

Ubisoft bikin game Ghost Recon baru, terpaksa tamatkan servis Breakpoint

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Ubisoft bikin game Ghost Recon baru, terpaksa tamatkan servis Breakpoint

Ubisoft bikin game Ghost Recon baru, terpaksa tamatkan servis Breakpoint

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd