Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga The Promised Neverland akan tamat pada minggu depan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 5, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga The Promised Neverland akan tamat pada minggu depan!
Share on FacebookShare on Twitter

The Promised Neverland sedang menghampiri ke penghujungnya dan nampaknya kesimpulannya sudah tiba. Laporan baru menunjukkan manga terkenal ini akan tamat pada minggu depan selepas pelukis mengatakan manga akan mencapai klimaks pada beberapa bulan yang lalu. Selepas klimaks besar ini, sudah tiba masanya untuk Emma mengucapkan selamat tinggal kepada peminat… sekiranya laporan itu tepat lah.

Laporan ini muncul di media sosial selepas bocoran dalam majalah Shonen Jump disiarkan. Di sana, peminat mengatakan manga akan berakhir pada isu 28 Weekly Shonen Jump.

“The Promised Neverland akan berakhir pada minggu depan dengan bab 181. Jilid 19 untuk siri ini dijadualkan untuk keluar pada bulan Julai, dan jilid 20 yang terakhir akan diumumkan pada masa akan datang. Ia akan berakhir pada isu #28 dengan halaman warna & 27 muka surat.”

The Promised Neverland will end next week with Chapter 181. Volume 19 of the series is scheduled to release in July, and its final Volume 20 will be announced in the future. https://t.co/DUAnZUdWIk

— Shonen Jump News (@WSJ_manga) June 4, 2020

Sudah tentu, ramai peminat akan sedih melihat The Promised Neverland tamat. Manga ini telah menjadi kegemaran ramai dan masih bertahan di Shueisha berkat nilai pendapatan yang bagus. Kemunculan anime The Promised Neverland hanya menjadikan siri ini lebih popular di kalangan penonton antarabangsa. Pada masa ini, pembikinan sedang dilakukan untuk musim kedua anime, jadi nampaknya francais ini masih akan kekal untuk beberapa tahun.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animemangaThe Promised Neverland
Previous Post

Filem anime Mobile Suit Gundam: Hathaway ditunda kerana COVID-19!

Next Post

Tonton anime terkini di Youtube MUSE Malaysia! Siap dengan sari kata melayu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Tonton anime terkini di Youtube MUSE Malaysia! Siap dengan sari kata melayu!

Tonton anime terkini di Youtube MUSE Malaysia! Siap dengan sari kata melayu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd