Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MANGA Plus Max – Servis Langganan Baru untuk Baca Manga Kegemaran!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 4, 2023
in Artikel, Berita, Manga
0 0
0
MANGA Plus Max – Servis Langganan Baru untuk Baca Manga Kegemaran!
Share on FacebookShare on Twitter

Manga Plus ialah platform dan aplikasi manga online milik Shueisha yang dilancarkan pada 2019. Tersedia di seluruh dunia termasuk Malaysia, servis ini menerbitkan bab terbaru daripada manga-manga popular seperti Naruto, Dragon Ball, Jujutsu Kaisen, Demon Slayer dan banyak lagi. Cuma mulai sekarang, Manga Plus telah melancarkan servis baharu bernama MANGA Plus Max supaya peminat dapat membaca semua bab untuk satu siri tidak kisah jika masih berlangsung atau sudah habis.

Our new subscription service for English titles has launched! ✨Download MANGA Plus by SHUEISHA and start reading today!📖 #MANGAPlusMAX
Download here:https://t.co/l5Hu0cO39t pic.twitter.com/zPp0UoC1x3

— MANGA Plus by SHUEISHA (@mangaplus_o) October 4, 2023

Khususnya, MANGA Plus Max menawarkan dua pelan: Standard dan Deluxe. Berikut adalah isi butiran:

Kredit: Shueisha

Pelan Standard

Pelan Standard menawarkan pengalaman membaca manga yang komprehensif. Ia termasuk 80 karya yang masih berlangsung dengan lebih 6,000 bab. Selain itu, terdapat Free Trial untuk bulan pertama bagi pelan Standard. Dengan pelan ini, pembaca boleh menikmati pelbagai siri manga yang sedang langsung dan sentiasa dikemas kini.

Berikut adalah harga pelan untuk sebulan:

  • RM9.90 (iOS)
  • RM9.49 (Android)

Pelan Deluxe

Pelan Deluxe menawarkan koleksi manga yang lebih luas, termasuk siri yang telah siap. Ini termasuk 190 karya dengan lebih 16,000 bab. Pembaca yang memilih pelan Deluxe boleh membaca siri dan kisah lengkap untuk manga kegemaran mereka.

Berikut adalah harga pelan untuk sebulan:

  • RM22.90 (iOS)
  • RM23.99 (Android)
Pelan untuk Android, Kredit: Shueisha

Dengan servis ini, Shueisha ingin mewujudkan persekitaran di mana seluruh dunia boleh membaca semua karya yang disiarkan dalam Weekly Shonen Jump, Shonen Jump+, dan majalah lain daripada bab pertama hingga yang terkini. Dengan menyediakan MANGA Plus Max, Shueisha amat berharap untuk mencapai objektif itu.

Manga apa yang korang boleh baca?

  • Assassination Classroom
  • Bakuman
  • Black Clover
  • Bleach
  • Blue Exorcist
  • Boruto: Naruto Next Generations (Lengkap)
  • Boruto: Two Blue Vortex
  • Burn the Witch (Hiatus)
  • Chainsaw Man (Part 1)
  • Chainsaw Man (Part 2)
  • Choujin X
  • Dandadan
  • Death Note
  • Demon Slayer
  • Dr. Stone
  • Dragon Ball
  • Dragon Ball Super
  • Food Wars!: Shokugeki no Soma
  • Haikyu!!
  • Hunter × Hunter (Hiatus)
  • JoJo’s Bizarre Adventure
  • Jujutsu Kaisen
  • Kagurabachi
  • Kaiju No.8 (Monster #8)
  • Kuroko’s Basketball
  • Mashle: Magic and Muscles
  • My Hero Academia
  • Naruto
  • Nisekoi: False Love
  • One Piece
  • Oshi no Ko
  • Rosario + Vampire (Lengkap)
  • Rurouni Kenshin
  • Spy × Family
  • Terra Formars (Hiatus)
  • Tokyo Ghoul (Lengkap)
  • Twin Star Exorcists
  • Undead Unluck
  • We Never Learn
Kredit: Shueisha

Baca segala liputan kami tentang manga, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: mangaMANGA Plus MaxShueisha
ShareTweetSend
Previous Post

Preview Frost Fair Lure Fish – Kad kolaborasi khas untuk MTG Doctor Who!

Next Post

Kolab PADINI & Jujutsu Kaisen kini di Malaysia – baju istimewa harga RM59!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Kolab PADINI & Jujutsu Kaisen kini di Malaysia – baju istimewa harga RM59!

Kolab PADINI & Jujutsu Kaisen kini di Malaysia - baju istimewa harga RM59!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd