Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga OSHI NO KO sah dapat adaptasi ANIME, sebab kenapa korang kena tontonnya nanti!

Maira by Maira
June 10, 2022 - Updated on April 13, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga OSHI NO KO sah dapat adaptasi ANIME, sebab kenapa korang kena tontonnya nanti!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa AnimeJapan 2022 berlangsung pada bulan Mac lalu, ada satu poll undian “Adaptasi anime yang paling diingini” dengan sebanyak 102 tajuk manga telah dicalonkan. Menariknya, salah satu daripada tajuk manga yang berada dalam tangga 10 teratas baru sahaja diumumkan bahawa ia akan mendapat adaptasi anime. Manga tersebut bertajuk Oshi no Ko dan adaptasi anime siri itu akan dihasilkan oleh Studio Doga Kobo, studio sama yang mengadaptasi Plastic Memories, Shikimori’s Not Just a Cutie dan Himouto! Umaru-chan.

Melihat daripada staf yang terlibat, nampaknya siri Oshi no Ko berada dalam tangan yang baik. Bukan setakat itu sahaja, visual utama juga telah didedahkan bersama-sama pengumuman anime tersebut. Poster tersebut memaparkan watak utama, Hoshino Ai yang berada di atas pentas.

Anda yang tidak pernah membaca siri ini mesti pelik mengapa ia antara manga yang banyak mendapat undian daripada peminat Jepun. Kalau anda sangka Oshi no Ko hanyalah kisah mengenai idol, malang sekali anda salah. Ianya lebih rumit berbanding apa yang anda fikirkan. Malah Idol bukanlah genre utama siri ini, tetapi ianya sebuah manga psikologi dan supernatural.

Rasa teragak-agak untuk memberikan tonton siri ini nanti? Kami akan berikan anda tiga sebab mengapa siri Oshi no Ko ini perlu berada dalam watchlist anda. Berikut adalah sebabnya:

  • Penulis sama yang menghasilkan Kaguya-sama: Love Is War
    • Akasaka Aka, telah menulis penceritaan siri ini dan dilukis oleh Yokoyari Mengo. Jika anda suka pada penulisan Kaguya-sama, sudah pasti anda juga akan tertarik untuk membaca Oshi no Ko.
  • Penceritaan penuh misteri dan kejutan
    • Daripada bab pertama lagi, anda akan dikejutkan dengan pelbagai misteri yang berlaku kepada watak-watak utama. Anda mungkin mengenali Hoshino Ai pada mulanya, melihat bagaimana dia berusaha untuk kekal dalam industri showbiz. Sepanjang itu, anda akan diperkenalkan dengan dua orang watak penting iaitu Aqua dan Ruby yang akan bersama-sama Ai. Kalau anda ingin tahu lebih lanjut, kenalah baca manganya.
  • Elemen supernatural
    • Selalu kalau kita baca manga atau novel ringan, jika watak dilahirkan semula mesti mereka akan berada di dunia lain. Senang cerita, isekai. Berbeza dengan Oshi no Ko, watak telah dilahirkan semula dalam dunia yang sama malah menjadi seseorang yang begitu rapat dengan Hoshino Ai.

Kalau anda jenis yang suka baca manga sebelum menonton anime, bolehlah baca Oshi no Ko di Mangaplus. Jika anda membacanya menggunakan aplikasi, kesemua bab akan tersedia secara percuma. Tidaklah anda ketinggalan nanti. Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan lain mengenai game, anime, manga dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeOshi no Ko
Previous Post

Phoenix Wright: Ace Attorney Trilogy Mobile kini tersedia untuk Android dan iOS!

Next Post

DLC Soul Hackers 2 akan dilancarkan pada 26 Ogos 2022! Pre-order sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
DLC Soul Hackers 2 akan dilancarkan pada 26 Ogos 2022! Pre-order sekarang!

DLC Soul Hackers 2 akan dilancarkan pada 26 Ogos 2022! Pre-order sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd