Sejak One Punch Man menemui peminat, ramai yang sering menantikan bab manga terbaru daripada pelukisnya Yusuke Murata. Dalam manga sekarang, kita telah melihat penamat pada pertarungan antara Saitama dan Tatsumaki. Kami pasti ramai yang ingin membaca sambungannya tetapi pelukis manga nampaknya akan berehat untuk beberapa minggu.
Melalui Twitter, Murata mengumumkan bahawa bab terbaru manga One Punch Man akan ditangguhkan sehinggalah 20 April nanti. Penangguhan ini berlaku kerana penghasilan jilid ke-28 siri tersebut.
Memandangkan pelukis itu selalu memberikan bab yang hebat sepanjang masa, rasanya tidak mengapa jika manga tersebut direhatkan sebentar. Anda juga pasti inginkan kualiti yang hebat daripadanya betul tidak? Alang-alang arc Psychic Sisters juga sudah tamat, tidaklah kita mendapat cerita tergantung pula. Apa pun kita nantikan pula arc terbaru yang akan keluar April nanti.

Tentang One Punch Man
Dicipta oleh ONE pada 2009, One-Punch Man bermula sebagai web-comic yang mengisahkan seorang hero bernama Saitama. Hero botak itu nampaknya seperti lelaki biasa, tetapi dia sebenarnya adalah orang terkuat di dunia. Dengan kemampuan untuk mengalahkan musuh dengan satu tumbukan, Saitama hanya ingin mencari musuh yang cukup kuat untuk mencabarnya.

Siri ini turut mendapat adaptasi anime oleh Madhouse pada 2015 dan J.C. Staff pada 2019. Musim ketiga juga telah diumumkan pada 2022, tetapi masih tiada berita baru mengenainya. Harap-harap adalah benda menarik yang diumumkan buat peminat pada tahun ini.
Untuk membaca segala liputan kami tentang One Punch Man, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post