Bila bercerita tentang anime romcom yang baru, sudah semestinya Komi Can’t Communicate yang akan muncul dulu dalam kepala. Kalau anda ingin tahu, anime ini mengisahkan Shouko Komi, seorang pelajar sekolah yang pemalu yang inginkan kawan. Anime ini telah memiliki ramai peminat dan kini manganya nampak macam akan memasuki arc terakhir.

Melalui sebuah akaun media sosial popular seperti, AniNewsAndFacts, telah mengongsikan laporan mengenainya. Buat masa ini, shogakukan tidak menyatakan apa-apa mengenai manga tersebut tetapi jika kita lihat pada apa yang terjadi dalam manga, peminat tidak terkejut jika khabar angin ini benar.
Lagipun, untuk manga slice of life, Komi Can’t Communicate telah berlangsung dengan sekian lama. Manga ini pertama kali diterbitkan pada Mei 2016 oleh Tomohito Oda. Maksudnya sudah lima tahun Komi berusaha untuk membuat 100 orang kawan dan dia semakin hampir untuk mencapai matlamatnya itu.

Sudah tentu, hubungan Komi dan Tadano sudah jauh berkembang. Mereka berdua yang menjadi kawan pada permulaan manga apabila Tadano berjanji untuk membantu Komi berkawan. Pembaca telah mengikuti mereka berdua sepanjang penceritaan dan melihat perkembangan perasaan mereka antara satu sama lain. Saya tak nak cerita lebih lanjut, sebab saya tahu ramai yang menonton animenya tidak membaca manga. Senang cerita, banyak benda yang terjadi yang mengubah Komi kepada dirinya yang sekarang.
Anime Komi Can’t Communicate juga masih lagi ditayangkan di Netflix. Jika lihat pada pacing ceritanya, mungkin kita akan mendapat musim kedua untuk anime tersebut. Harap-harap tak tergantung jalan cerita untuk musim pertama itu. Jadi, apa yang korang harapkan untuk pengakhiran Komi Can’t Communicate? Boleh kongsikan idea korang pada kami. Untuk segala liputan mengenai manga, sila klik pada pautan ini.
Sumber: comicbook
@gamersantaimy
Discussion about this post