Manga Plus telah melepaskan manga baharu melalui platformnya iaitu “Super Psychic Policeman Chojo”, siri manga komedi yang memperkenalkan pasangan anggota polis, di mana salah seorang daripada mereka mereka merupakan seorang psychic. Buat anda yang suka pada manga komedi, mungkin anda boleh berikan peluang pada manga ini. Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda mengenai siri baharu ini.

Dihasilkan oleh Shun Numa, siri ini merupakan siri baharu kedua yang diterbitkan pada majalah Shonen Jump pada tahun 2024. Super Psychic Policeman Chojo membawa anda mengikuti kisah Meguru Chojo, seorang anggota polis yang mempunyai kuasa psychic dengan pasangannya, Nao Ippongi, anggota polis yang kelihatan biasa tetapi boleh diharap.
Dalam bab pertama ini, kita melihat bagaimana Chojo menggunakan kuasanya untuk membantu mereka yang dalam masalah. Pelbagai khabar angin mengenainya dibualkan dan nampaknya Chojo mempunyai reputasi yang tidak begitu baik dalam kalangan anggota lain. Tetapi tiada pilihan lain, Nao terpaksa membiasakan diri dengan kuasa Chojo untuk bekerja dengannya.

Pada pendapat kami, Super Psychic Policeman Chojo memberikan permulaan yang baik walaupun terdapat beberapa jenaka yang mungkin sukar untuk hadam. Dialognya juga boleh tahan banyak juga, jadi agak makan masa untuk habiskan bab pertama yang mempunyai 54 muka surat. Gaya lukisannya boleh tahan juga, dan sesuai dengan ton yang dibawa manga.
Anda yang ingin membacanya, boleh ke platform atau laman web rasmi Manga Plus. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai manga daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post