Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Jujutsu Kaisen ‘mungkin’ akan tamat tahun depan, bak kata pencipta!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 19, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga Jujutsu Kaisen ‘mungkin’ akan tamat tahun depan, bak kata pencipta!
Share on FacebookShare on Twitter

Asalnya dikeluarkan pada tahun 2018, Jujutsu Kaisen telah menjadi salah satu siri shonen paling popular di seluruh dunia! Dengan sambutan yang meriah ini, JJK turut menerima siri anime daripada MAPPA, bersama dengan filem prekuel yang memfokuskan pada Yuta Okkotsu. Selepas pengumuman Season 2, pencipta siri Gege Akutami juga mengusik bahawa manga Jujutsu Kaisen ‘mungkin’ akan tamat lebih awal daripada yang kita sangka.

Gege Akutami

Secara lebih khusus lagi, Gege Akutami naik ke pentas acara Jump Festa 23′ untuk menyampaikan mesej:

“Jika anda menemani saya (mungkin) sehingga satu tahun lagi , saya pasti akan sangat gembira.”

Sudah tentu, mesej ini boleh ditafsir sebagai Akutami meminta peminat untuk terus membaca Jujutsu Kaisen, tetapi kenapa beliau perlu menyebut “satu lagi tahun” secara khusus?

Visual JJK Season 2

Sebelum ini, Akutami pernah berkata dalam temu bual pada Februari 2021 bahawa manga “mungkin” akan tamat dalam tempoh dua tahun. Pada masa yang sama, Akutami mengaku dia tidak mempunyai keyakinan terhadap kenyataan itu jadi peminat tidak perlu begitu risau. Tetapi nampaknya semua akan berubah.

Walaupun manga Jujutsu Kaisen mungkin akan tamat dalam masa terdekat, kita masih ada berita gembira. Jujutsu Kaisen Season 2 rasmi akan hadir tahun depan pada Julai 2023 dan masih akan diuruskan oleh studio MAPPA. Untuk lebih banyak maklumat, korang boleh baca SINI.

Bukan Jujutsu Kaisen sahaja, banyak lagi manga hebat juga semakin menghampiri penamat masing-masing termasuk One Piece, Black Clover dan My Hero Academia. Tetapi apa pendapat korang? Adakah korang akan sedih apabila Jujutsu Kaisen berakhir nanti? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Untuk membaca segala liputan kami tentang anime termasuk berita terkini, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeGege AkutamiJujutsu Kaisenmanga
Previous Post

“Sudah hampir tamat” — Pelukis Manga My Hero Academia Berikan Mesej Berkaitan Penamat Siri!

Next Post

Bukan game, rupanya SAND LAND dapat adaptasi anime oleh Sunrise/Kamikaze Douga/ANIMA

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Bukan game, rupanya SAND LAND dapat adaptasi anime oleh Sunrise/Kamikaze Douga/ANIMA

Bukan game, rupanya SAND LAND dapat adaptasi anime oleh Sunrise/Kamikaze Douga/ANIMA

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd