Pada Februari tahun lepas, Malaysia menjadi viral selepas mendapati watak-watak dalam manga Attack On Titan memakai ‘seluar dalam hitam’, sarong dan sebagainya untuk ‘menutup aurat’. Kini untuk Februari 2022, Jujutsu Kaisen pula adalah manga seterusnya untuk kena sensor di Malaysia menurut laporan dari SAYS.


Dikongsi melalui group Facebook ‘subtle malaysian traits’, seorang netizen bernama Kelsey Mun merasa terkejut selepas melihat Mei Mei — salah satu watak sokongan Jujutsu Kaisen — ‘menutup aurat’ di sebuah kedai buku terkenal di Kuala Lumpur. Secara lebih khusus lagi, imej yang ditapis adalah muka depan untuk jilid ke-12 manga Jujutsu Kaisen yang ditutup memakai kertas putih di bahagian dada.
Muka depan untuk jilid lain Jujutsu Kaisen di tidak ditapis kerana tidak menunjukkan imej “eksplisit”. Menurut SAYS, Mun berkata dia terhibur dengan penapisan ini dan dia tidak faham mengapa muka depan manga perlu ditutup dengan sehelai kertas.
“Ia bukan menunjukkan payudara,” lalu menambah, “Ini mengingatkan saya tentang Attack On Titan memakai seluar sekali lagi.”
Imej original tidaklah menunjuk bahagian dada, cuma watak tersebut “posing” dalam cara yang agak “eksplisit” di mana rambut dan lengan tangan menutup bahagian dada. Berikut adalah gambar perbandingan:

Bukan Jujutsu Kaisen sahaja yang kena. Seorang netizen juga memberitahu bahawa muka depan untuk manga Chainsaw Man turut kena sensor. Imej di bawah adalah untuk manga Chainsaw Man jilid 6 yang menunjukkan Reze (salah satu watak sokongan) sedang telanjang bulat sambil menutup bahagian “penting”. Berikut adalah gambar perbandingan:

Bagi kes tahun lepas tentang Attack on Titan, seorang pengguna Twitter bernama @WallyyTheGreat memuat naik imej Attack on Titan versi Malaysia yang menunjukkan adegan Attack Titan melawan Warhammer Titan. Yang peliknya dalam gambar itu ialah kedua-dua Titan tersebut memakai seluar dalam. Tidak lama kemudian, netizen mula mengedit gambar tersebut sehingga mereka memakai sarong, baju kurung dan lain-lain.

Apa pendapat anda tentang kes Jujutsu Kaisen dan Chainsaw Man kena sensor di Malaysia? Jom kongsi pendapat di ruang komen!
Sumber – SAYS (segala hak gambar adalah hak milik individu yang dinamakan)
@gamersantaimy
Discussion about this post