Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Ikonik Shonen Jump, ‘Claymore,’ Akan Terima Siri Live Action!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 13, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Movie/siri
0 0
0
Manga Ikonik Shonen Jump, ‘Claymore,’ Akan Terima Siri Live Action!
Share on FacebookShare on Twitter

Manga fantasi gelap Claymore, karya Norihiro Yagi, secara rasmi akan diadaptasi ke dalam siri televisyen live action. Berita ini diumumkan melalui laporan Deadline, yang mengesahkan bahawa CBS Studios bekerjasama dengan Propagate Content untuk membawa kisah ini ke skrin TV.

Masi Oka, pelakon dan produser Jepun-Amerika yang terkenal dengan wataknya sebagai Hiro Nakamura dalam Heroes serta penglibatannya dalam Hawaii Five-0, akan menerajui projek ini sebagai penerbit eksekutif.

Oka, yang sebelum ini menerbitkan filem live action kontroversi Death Note di Netflix, akan bekerjasama dengan Ben Silverman, Howard T. Owens, dan Rodney Ferrell dari Propagate. Selain itu, wakil dari Shueisha—penerbit asal manga Claymore—juga terlibat, menandakan usaha untuk mengekalkan keaslian jalan cerita.

Dunia Claymore yang Gelap

Bagi yang kurang tahu, Claymore berlatar di dunia berinspirasi zaman pertengahan yang dihantui oleh Yoma, raksasa pemakan manusia yang mampu berubah bentuk. Untuk menentang ancaman ini, sekumpulan pahlawan wanita dikenali sebagai Claymore dicipta—hibrid manusia-Yoma yang memiliki kekuatan dan kebolehan luar biasa.

Kisah ini mengikuti Clare, seorang pahlawan yang berdendam terhadap Yoma yang telah memusnahkan hidupnya.

Manga ini, yang diterbitkan dari tahun 2001 hingga 2014 dalam Monthly Shonen Jump dan Jump Square, berjaya mengumpul peminat setia di seluruh dunia. Pada tahun 2007, Madhouse mengadaptasinya ke dalam siri anime 26 episod yang menerima pujian atas visual yang menakjubkan serta aksi yang mendebarkan.

Namun, anime ini menyimpang daripada jalan cerita asal dengan pengakhiran tersendiri, menyebabkan peminat mengharapkan adaptasi yang lebih setia kepada manga.

Buat masa ini, maklumat mengenai siri live action Claymore masih terhad. Tiada penulis, pengarah, atau showrunner diumumkan, menandakan bahawa projek ini masih dalam peringkat awal pembangunan.

Pemilihan pelakon juga belum disahkan, menjadikan peminat tertanya-tanya siapa yang akan membawakan watak Clare serta watak penting lain.

Meskipun masih jauh dari tayangan, pengumuman ini memberi harapan kepada peminat bahawa Claymore akhirnya akan menerima adaptasi penuh. Nantikan perkembangan lanjut mengenai projek ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeClaymoresiri
ShareTweetSend
Previous Post

Live Action ‘Lilo & Stitch’ Bakal Ditayangkan di Malaysia pada 22 Mei!

Next Post

ASURAJANG – Battle Royale Berstail Anime, Akan Lancar 27 Mac!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
ASURAJANG – Battle Royale Berstail Anime, Akan Lancar 27 Mac!

ASURAJANG - Battle Royale Berstail Anime, Akan Lancar 27 Mac!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd