Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Hunter x Hunter kembali pada 24 Oktober di Shonen Jump, hampir 4 tahun terhenti

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 11, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga Hunter x Hunter kembali pada 24 Oktober di Shonen Jump, hampir 4 tahun terhenti
Share on FacebookShare on Twitter

Shueisha mengumumkan pada hari Selasa bahawa manga Hunter X Hunter oleh Yoshihiro Togashi akan kembali (selepas hampir empat tahun berhenti) dalam edisi ke-47 majalah Weekly Shonen Jump pada 24 Oktober 2022. Bagi mereka yang tidak tahu, manga telah dihentikan sejak November 2018 selama tiga tahun 11 bulan, jadi ramai yang menantikan bab baru.

Major announcement!!! Hunter x Hunter returns Oct 23! Brand new simulpub chapters are coming to Shonen Jump! https://t.co/71vuObOtms pic.twitter.com/yFLU0POddg

— Shonen Jump (@shonenjump) October 11, 2022

Selain itu, Viz Media juga mengumumkan bahawa mereka akan menyiarkan bab baharu secara serentak dalam Shonen Jump edisi bahasa Inggeris serta menambahkan bab-bab sebelum supaya pembaca dapat mengikut/memahami apa yang berlaku sebelum ini.

Bukan itu sahaja, Shueisha juga mendedahkan muka depan untuk jilid ke-37 manga (juga adalah jilid pertama untuk siri yang dikeluarkan selepas empat tahun). Buat masa ini, manga mempunyai 10 bab (381-390) yang masih belum diterbitkan dalam format jilid buku.

とりあえずあと4話。 pic.twitter.com/OwoB4ljp1x

— 冨樫義博 (@Un4v5s8bgsVk9Xp) May 24, 2022

Pada bulan Mei lalu, Togashi memberitahu di majalah Weekly Shonen Jump bahawa dia telah selesaikan draf kasar untuk 10 bab. Pada masa itu, dia turut memberitahu bahawa dia telah menghabiskan tujuh (enam asalnya) manuskrip daripada 10 bab tersebut. Sejak itu, dia terus mengemas kini akaun Twitter-nya dengan perkembangan terkini dan akhirnya kita dapat jawapan rasmi!

Togashi melancarkan manga Hunter x Hunter dalam majalah Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha pada tahun 1998. Manga itu kemudian mengilhamkan dua siri anime, dua filem anime dan beberapa OVA (original video animation).

Hunter X Hunter mengisahkan tentang Gon Freecss, seorang budak lelaki yang belajar bahawa bapanya yang hilang rupanya adalah ahli organisasi yang dikenali sebagai Hunter Association. Organisasi ini mengambil individu berbakat dan menugaskan mereka untuk menyelesaikan pelbagai misi, termasuk memburu binatang mitologi, mencari harta karun, meneroka kawasan dunia yang belum dipetakan, dan menjejaki penjenayah yang dikehendaki.

Apabila Gon dapat tahu bahawa bapanya mungkin masih hidup, dia mendedikasikan dirinya untuk menjadi seorang Hunter dan menjejakinya.

Untuk segala liputan kami tentang Hunter x Hunter, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Hunter X Huntermangashonen jump
Previous Post

“Hype” Anime Chainsaw Man Semakin Meriah! Ini Perkara Yang Akan Anda Tonton Nanti!

Next Post

Anime Blue Lock kini trending — Cari penyerang bola sepak terbaik melalui survival game!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Anime Blue Lock kini trending — Cari penyerang bola sepak terbaik melalui survival game!

Anime Blue Lock kini trending -- Cari penyerang bola sepak terbaik melalui survival game!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd