Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Hunter x Hunter akhirnya kembali selepas 3 tahun, disahkan oleh pencipta One-Punch Man

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 25, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga Hunter x Hunter akhirnya kembali selepas 3 tahun, disahkan oleh pencipta One-Punch Man
Share on FacebookShare on Twitter

Kepada semua pembaca manga di Malaysia, saya datang dengan berita baik! Selepas berehat selama lebih 3 tahun 5 bulan, manga Hunter x Hunter oleh Yoshihiro Togashi nampaknya akan kembali di Shonen Jump!

Melalui Twitter, pencipta Yoshihiro Togashi baru-baru ini mengesahkan bahawa siri manga popularnya, Hunter x Hunter, mungkin akan kembali dari hiatus yang berpanjangan. Togashi, yang juga terkenal kerana mencipta siri Yu Yu Hakusho, memuat naik imej yang menunjukkan lakaran kasar untuk halaman manga, sambil berkat “Empat lagi bab buat masa ini.”

とりあえずあと4話。 pic.twitter.com/OwoB4ljp1x

— 冨樫義博 (@Un4v5s8bgsVk9Xp) May 24, 2022

Togashi tidak menyatakan bila bab ini akan diterbitkan, dan dia juga tidak mendedahkan sebarang butiran tentang jalan cerita atau isi kandungan.

Disebabkan ramai orang suka membuat cerita palsu, kebanyakan peminat pada mulanya tidak percaya bahawa posting Twitter itu datang daripaada Togashi dan menganggap ia adalah akaun palsu. Tidak lama selepas itu, Yusuke Murata (artis One-Punch Man) mengesahkan bahawa akaun Twitter itu sememangnya milik Togashi dan bahawa pengumuman itu adalah benar.

Dia retweet posting yang sama sambil berkata: “Ini datang daripada orang sebenar.”

ご本人とのことでした。 https://t.co/JEKGyfJelq

— 村田雄介 (@NEBU_KURO) May 24, 2022

Memandangkan Murata sendiri mengesahkan bahawa itu adalah Togashi, ini bermakna berita tentang manga Hunter x Hunter adalah betul. Shueisha masih belum memberi komen tentang situasi ini, tetapi buat masa ini, peminat boleh bergembira.

Siri Weekly Shonen Jump mulakan siri Hunter x Hunter pada tahun 1998 di mana manga ini sangat terkenal kerana mengambil tempoh rehat yang kerap dan lama. Malangnya, ia bukan sengaja dan kebanyakan isu adalah kerana masalah kesihatan Togashi yang melibatkan masalah belakang yang kronik. Kali terakhir bab Hunter x Hunter diterbitkan adalah pada November 2018. 

Sinopsis:

Hunter X Hunter mengisahkan tentang Gon Freecss, seorang budak lelaki yang belajar bahawa bapanya yang hilang rupanya adalah ahli organisasi yang dikenali sebagai Hunter Association. Organisasi ini mengambil individu berbakat dan menugaskan mereka untuk menyelesaikan pelbagai misi, termasuk memburu binatang mitologi, mencari harta karun, meneroka kawasan dunia yang belum dipetakan, dan menjejaki penjenayah yang dikehendaki.

Apabila Gon dapat tahu bahawa bapanya mungkin masih hidup, dia mendedikasikan dirinya untuk menjadi seorang Hunter dan menjejakinya.

Apa pendapat korang tentang kepulangan manga Hunter x Hunter? Teruja atau tidak? Jom kongsi pendapat bersama saya di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang anime dan manga, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Hunter X HuntermangaYoshihiro Togashi
Previous Post

MtG memperkenalkan kad ‘Modify Memory’ dari set terbaru Commander Classics

Next Post

Days of Play 2022 – Promosi kaw-kaw PlayStation sehingga 80% diskaun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Days of Play 2022 – Promosi kaw-kaw PlayStation sehingga 80% diskaun!

Days of Play 2022 - Promosi kaw-kaw PlayStation sehingga 80% diskaun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd