Dalam bab terbaru Boruto: Naruto Next Generation, mereka mendedahkan lagi jenis Eye Jutsu baharu. Kali ini, mereka menggunakan villain iaitu Eida daripada Kara Organization. Eida merupakan cyborg yang mempunyai kuasa yang hebat dan rupanya telah dibekukan selama ini. Kuasa Eida membolehkan dia melihat apa yang berlaku atau telah berlaku sepanjang hidupnya.

Amaran: Berikut mengandungi spoiler untuk Boruto: Naruto Next Generation bab 70 “From the Bottom of My Heart”
Dalam beberapa bab yang lepas, Code dan Eida datang ke Konoha untuk melancarkan serangan mengejut dengan menggunakan kuasa Teleport daripada Code. Walau bagaimanapun, serangan mengejut itu sebenarnya perangkap yang telah dirancang oleh Shikamaru dan Amado. Malangnya, Amado tidak sangka yang Code membawa rakannya, Eida akan muncul dan tidak bersiap sedia untuk melawan kuasa Eida.
Untuk mengawal situasi itu, Shikamaru memilih untuk mengunci bilik tersebut bersama Amado, Code dan Eida. Semasa Naruto datang dan cuba untuk menolong rakannya dengan mengetuk pintu bilik tersebut Amado mendedahkan kuasa yang dipunyai Eida pada Shikamaru.

Ia dipanggil Senrigan. Dia boleh melihat apa yang berlaku di mana-mana sahaja di dunia. Lebih-lebih lagi ia tidak terhad kepada peristiwa semasa. Pada umumnya, dia juga boleh melihat kejadian masa lalu. Bermakna anda tidak boleh menyembunyikan apa-apa daripadanya.
Selepas diberitahu begitu, Shikamaru terus berfikir dan menemui kekurangan yang ada pada Senrigan iaitu tidak dapat melihat perkara yang berlaku dalam fikiran atau hati seseorang. Jadi, perkara seperti jutsu Ino yang menghubungkan pasukan Naruto dalam perbualan psychic adalah luar daripada kawalan kuasa Eida.

Ini adalah satu lagi Eye Jutsu baharu dalam Francais Naruto melalui Boruto: Naruto Next Generation. Baru-baru ini kami melihat Sukunahikona Dojutsu baharu daripada Issihki Otsutsuki, ketua Kara Organization. Kuasa itu membolehkan Isshiki mengecilkan dirinya atau mana-mana objek bukan hidup yang dia pandang dan serta-merta mengembalikannya ke saiz sebenar ataupun lagi besar dengan sesuka hati.

Kuasa Isshiki kini telah berada pada Kawaki melalui resurrection mark Karma. Sementara itu, Boruto telah membawa misteri Jogan di mata kanannya, yang juga terikat dengan DNA Otsutsuki yang kini menguasai tubuhnya. Jadi, korang rasa OP atau tak Eye Jutsu yang dipunyai Eida? kongsikan pendapat di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita mengenai Boruto, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post