Berikutan dengan keluaran Majalah Weekly Shonen Jump yang ke-50, kita telah didedahkan bahawa Yuki Tabata kini sedang berehat selama 2 minggu akibat “sudden illness” yang dialaminya. Ini bermakna manga ciptaannya iaitu Black Clover juga akan rehat selama 2 minggu sehingga majalah keluaran ke-52 pada 28 November 2022 dikeluarkan.

Keputusan ini telah diambil kerana Yuki Tabata telah didiagnosis dengan “sudden illness”. Buat masa sekarang, tiada maklumat lanjut yang telah dikeluarkan oleh Shueisha mengenai keadaan Tabata. Memandangkan minggu ini tiada bab baharu, jom kita berbincang tentang bab terbaru yang dikeluarkan pada minggu lepas di mana Asta sedang berlawan dengan Ichika.
Ichika menggunakan form paling terkuatnya iaitu “Dark Yojutsu: Dark-Cloaked Black Warrior” dan ini merupakan kali pertama kita lihat dia menggunakan Yojutsu dalam manga Black Clover ini. Sudah pasti watak utama Asta melawan dengan menggunakan Devil Union di mana dia hampir menyempurnakan penggunaan Zetten.

Tengah sedap melihat kedua-dua mereka membalas serangan demi serangan, Ryu pula sibuk menahan mereka daripada mengeluarkan serangan terakhir masing-masing. Seperti yang kita lihat, Ryu menahan kedua-dua serangan dengan hanya menggunakan tangan kosong tanpa sebarang senjata ataupun Yojutsu.
Hal ini kerana, pedang yang digunakan Asta adalah dikenali sebagai “Demon Slasher Katana” di mana ia akan memberikan damage kepada sasaran dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada “perkara” yang ingin dilindungi oleh Asta. Jadi, Asta memang tiada niat untuk melukakan Ryu.

Sejurus Ryu menghentikan mereka berdua, Sister Lily bersama dua paladin lain sudah tiba di Land of the Sun. Kali terakhir kita dapat melihat paladin yang dicipta oleh Lucius Zogratis semasa bab 336 selepas Asta dihantar ke Land of Sun. Jika melihat wajah dua paladin lain, yang sedang berdiri ialah Heath Grice dan seorang lagi yang sedang mencangkung ialah sama ada Rades Spirito atau Revchi Salik.
Saya dapat rasakan yang Ryu memberhentikan mereka berlawan kerana dia dapat melihat apa yang akan berlaku masa hadapan di mana Sister Lily tiba di sana dan tidak mahu mendedahkan kuasa Asta. Hal ini kerana dia tahu yang Asta sahaja dapat mengalahkan Lucius Zogratis.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa manga Black Clover sedang rehat selama 2 minggu akibat penciptanya iaitu Yuki Tabata telah didiagnosis dengan “sudden illness”. Walaupun bab terbaru tiada untuk 2 minggu, ramai peminat yang agak kecewa sambil memberikan sokongan yang padu kepada Tabata untuk mengambil cuti berehat disebabkan sakit tersebut.
Apapun kami berharap yang dia tidak mengalami sakit yang teruk dan dapat berehat dengan cukup. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai manga, anime, filem dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post