Selepas berehat hampir 3 bulan, manga Black Clover akhirnya akan kembali dengan mengeluarkan bab terbarunya sekitar bulan Julai 2022. Walaupun masih tiada pengumuman rasmi dari Shueisha atau mana-mana media lain, terdapat satu laporan yang mengatakan bahawa bab terbaru Black Clover akan dikeluarkan pada 31 Julai 2022.
Menurut Twitter @WSJ_manga, dia mendapati bahawa bab terbaru Black Clover akan diterbitkan dalam isu yang ke-35 pada 31 Julai 2022. Walaupun ia bukan akaun rasmi Shonen Jump dan dicipta oleh peminat, akaun Twitter tersebut telah meraih kepercayaan orang ramai tambah-tambah lagi dengan kandungan yang mereka post adalah benar.
Jika korang tertinggal bas, Black Clover telah direhatkan secara rasmi selama 3 bulan bermula daripada penghujung bulan April 2022. Hal ini kerana, Yuki Tabata ingin bersiap sedia untuk arc terakhir dan mempunyai lebih banyak masa untuk mereka adegan pertarungan yang lebih gempak.

Sebelum Black Clover berehat, Tabata telah menunjukkan beberapa adegan yang penuh dengan aksi, saspens dan “plot twist.” Pertarungan bersama Lucifero nampak sangat susah untuk dimenangi tetapi Asta dan kawan-kawannya berjaya mengalahkan devil king Lucifero.

Selepas pertempuran itu selesai, ramai yang menjangkakan Tabata akan mengeluarkan beberapa bab yang tidak terlalu berat untuk menetapkan ark terakhir. Sebaliknya, dia mendedahkan rahsia gelap Lucius Zogratis dalam bab terakhir sebelum manga Black Clover itu direhatkan.
Saya ingin mengingatkan bahawa Black Clover akan kembali pada 31 Julai 2022. Jika korang masih belum mula membaca manga Black Clover, anda boleh pergi ke Manga Plus untuk membaca semua bab dari mula sehingga yang terakhir.

Akhirnya penantian yang ditunggu-tunggu oleh peminat Black Clover akan berakhir tidak lama lagi. Apa perasaan korang tentang manga Black Clover akan kembali tidak lama lagi? Jom kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post