Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mandragora: Whispers of the Witch Tree Rasmi Lancar Hari Ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 18, 2025
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, GOG, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Mandragora: Whispers of the Witch Tree Rasmi Lancar Hari Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini menandakan pelancaran rasmi Mandragora: Whispers of the Witch Tree, sebuah RPG aksi fantasi gelap hasil pembangunan Primal Game Studio, serta diterbitkan oleh Knights Peak dan 4Divinity. Game ini kini boleh dimainkan di PC (melalui Steam, Epic Games Store dan GOG), PlayStation 5, dan Xbox Series X|S.

Selain itu, 4Divinity turut mengumumkan bahawa versi PlayStation 5 fizikal dan Nintendo Switch dijangka akan menyusul pada suku ketiga tahun 2025.

Dalam Mandragora, pemain akan dibawa ke dunia Faelduum yang suram. Anda akan memainkan watak seorang Inquisitor dalam dunia di mana sihir dilarang, dan kuasa berada di tangan golongan Arcanis yang memerintah secara kejam.

Adakah anda akan tunduk kepada undang-undang yang menindas, atau memilih untuk menentangnya? Segalanya bergantung pada pilihan anda – yang bakal membentuk hala tuju cerita dalam pengalaman naratif yang penuh konflik moral.

Kredit: Primal Game Studio

Gabungan unik antara gaya pertempuran Soulslike, eksplorasi tidak linear ala Metroidvania, dan sistem RPG menjadikan game ini benar-benar istimewa.

Dengan lebih 40 jam waktu permainan, anda boleh memilih daripada enam kelas watak berbeza – masing-masing mempunyai talent tree tersendiri dan lebih 200 skill upgrade yang boleh diakses menerusi skill tree yang luas. Sistem customization yang menyeluruh membolehkan setiap pemain membina gaya permainan yang tersendiri.

Kredit: Primal Game Studio

Dari segi visual, dunia Faelduum disampaikan dalam gaya 2.5D yang dilukis dengan penuh teliti. Reka bentuk alam sekeliling yang sarat dengan butiran dan atmosfera gelap memberikan pengalaman visual yang imersif dan menawan.

Kredit: Primal Game Studio

Cerita Mandragora ditulis oleh Brian Mitsoda, penulis terkenal di sebalik Vampire: The Masquerade – Bloodlines. Game ini menampilkan jalan cerita bercabang yang dipengaruhi sepenuhnya oleh tindakan dan keputusan anda.

Setiap pilihan memberi kesan nyata pada dunia sekeliling, menjadikan setiap pengembaraan di Faelduum berbeza dan penuh kejutan.

Kredit: Primal Game Studio

Mandragora ditawarkan dalam dua edisi: Edisi Standard dan Edisi Deluxe. Bagi peminat yang mahukan pengalaman yang lebih mendalam, Edisi Deluxe hadir dengan pelbagai kandungan tambahan seperti kostum eksklusif, makhluk teman, runut bunyi digital, dan buku seni digital.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, anda boleh layari laman web rasmi Mandragora.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Mandragora: Whispers of the Witch Tree
ShareTweetSend
Previous Post

Panduan Suikoden I&II HD Remaster – Cara Rekrut Semua Stars of Destiny Yang Mudah Terlepas!

Next Post

Xiaomi Melancarkan Redmi A5, Harga Murah RM299 Hingga RM349!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Xiaomi Melancarkan Redmi A5, Harga Murah RM299 Hingga RM349!

Xiaomi Melancarkan Redmi A5, Harga Murah RM299 Hingga RM349!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd