Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mana satu senjata paling Ultimate dalam Apex Legends sehingga musim ketiga ni?!

Lampiran baru pun boekk ooo untuk musim ni!

Nyny.A by Nyny.A
October 7, 2019 - Updated on March 3, 2020
in Artikel, Berita, Origin, PC
0 0
0
Mana satu senjata paling Ultimate dalam Apex Legends sehingga musim ketiga ni?!
Share on FacebookShare on Twitter

Haaa dok sibuk-sibuk dengan Call of Duty Mobile, janganlah korang lupa dengan Apex Legends yang turut melancarkan secara rasmi musim ketiga 1 Oktober lalu! Paling best dalam kemaskini kalini bukan setakat map baru World’s Edge dan watak baru Crypto yang menjadi perhatian. Turut dalam perhatian adalah senjata baru, juga lampiran kemaskini untuk senjata yang dipebaharui, ditambah dan dibuang.

Jadi kali ini kami akan kongsikan kedudukan senjata paling padu untuk anda jadikan sebagai rujukan sehingga musim ketiga ini. Jom usha jom!

Kraber .50-cal

Tak lain tak bukan yang paling Ultimate dah tentu senjata ini! Kaki sniper sudah pasti tahu Kraber merupakan King dalam golongan senjata ini. Malangnya, Kraber hanya datang dengan ‘care package’ dan kalau anda bertuah jika kawan pasukan korang terlupa nak ambil senjata ini dalam tempat looting! Dengan potensi untuk membunuh dalam tembakan tepat ke kepala, sniper tindakan bolt ini melakukan kerosakan yang tidak masuk akal untuk jarak jauh dan bahkan jika anda terlepas sasaran kepalanya, jangan risau ianya tetap menjadi kerja senang untuk pasukan anda jatuhkan pihak lawan.

Mastiff

Satu lagi senjata ‘care-package’ yang padu! Tapi kalau anda jenis yang konfiden dengan serangan depan muka atau dekat-dekat, anda boleh guna Mastiff! Sekali tembak, memang tumbang musuh! Walau apapun, pastikan tembakan anda mengenai sasaran kerana peluru tersangatlah terhad!

Assault Rifle: R-301 Carbine

R-301 mempunyai lampiran terbaru untuk musim ketiga -Anvil Rounds- dimana ia memberi tembakan single-fire menjadi makin padu! Senjata ini boleh dikatakan senjata paling konsisten dan takrifan serba lengkap. Tidak kisah jarak dekat atau jauh sedikit, dan sangat mudah digunakan. Sama ada anda seorang pemain yang noob atau pemain veteran dalam Apex Legends, R-301 memang patut menjadi kegemaran anda walaupun tanpa lampiran!

SMG: R-99

Seperti R-301, R-99 bukanlah sesuatu yang mewah macam barangan care package, tetapi mudah digunakan dan sangat konsisten. Diakui, ia memberi faedah secara besar-besaran dari mag yang diperluaskan, tetapi kadar api yang tinggi memberikan potensi untuk merobek perisai seluruh lawan macam kilat.

Sniper: Longbow DMR

Nampakkan kami asingkan untuk dua peringkat antara S dan A, sebenarnya Longbow hampir masuk ke S-Tier, tetapi akibat musim ketiga punya patch telah mengurangkan kadar tembakanya dari 1.6 > 1.3, maka ianya terpaksa duduk dalam kedudukan ini. Tetapi jangan risau, ini adalah sniper pegganti Kraber kerana tanpa scope pun boleh menumbangkan musuh!

Shotgun: Peacekeeper

The Peacekeeper menjadi salah satu senjata kegemaran pemain dengan tembakanya yang padu dan sangat membantu terutama pada akhir permianan untuk mendapatkan kemenangan! Bila dah bergabung dengan Precision Choke, memang sakitlah kena tembakan Peacekeeper!

Assault Rifle: Hemlok

Hemlok selalunya kurang dihargai, tetapi sekarang pemain makin menyedari betapa versatilnya senjata itu. Seperti R-301, mod single-fire nya juga sangat padu! Untuk jarak dekat pula jika menggunakan burst mod dan buat tembakan bawah dan dekat pada pihak lawan, memang padu lah kerosakan yang akan diterima pihak musuh! Siapa-siapa yang tidak sukakan Hemlock, inilah peluang anda untuk mencubanya sendiri!

Malah dekat, bertukar kepada mod pecah dan penembakan pinggul ke lawan akan menangani beberapa kerosakan yang serius, jadi jika anda bukan peminat besar Hemlok sekarang, kami mengesyorkan memberikannya satu pukulan.

Energy Rifle: Havoc

Hadir pada musim pertama, merupakan salah satu senjata menggunakan kuasa yang padu! Tetapi kelemahanya, jika tiada tambahan Turbocharger, ia kurang memuaskan, tapi kalau dah ada Turbocharger, jangan tanya kenapa musuh barai nanti! Tambahan juga dengan saiz magazine nya dan tambahan mags pada musim kedua, Havoc makin menjadi kegemaran!

Pistol: Wingman

Wingman telah mengalami nerfs yang tidak terhingga sejak dilancarkan, dengan yang paling signifikan adalah mengurangkan revolver asasnya kepada hanya empat peluru, dengan extend heavy mag tersagatlah diperlukan untuk memastikan Wingman dapat dimainkan hingga hujung perlawanan. Tetapi, kuasa pistol ini kini makin padu selepas Skullpiercer telah dibuang, dan kerosakan headshot base telah diberikan buff untuk mengatasi ini.

Jika anda boleh berlatih dengan Wingman dengan tembakan tepat, ia boleh menjadi senjata peringkat tertinggi – tetapi jika anda terlepas tembakan, anda akan mendapati diri anda dalam masalah.

SMG: Prowler PDW

SMG kedua yang memuaskan hati untuk digunakan walaupun tanpa lampiran! Merupakan SMG yang serba boleh dan versatile!  Dengan extend mag ,select-fire, dan digital threat sight sebagai bonus tambahan, ia adalah senjata permainan yang hebat.

LMG: M600 Spitfire

Seperti Prowler, Spitfire adalah senjata yang sangat serba boleh, dengan keuntungan terbesar adalah mags besar yang dapat dipertahankannya, terutama apabila dilengkapi dengan extended mag. Kadar tembakan sedikit di sisi yang perlahan, tetapi sebaliknya ia membantu mengekalkannya. Sesetengah mungkin berpendapat bahawa Spitfire adalah sedikit senjata ‘nooby’, tetapi itu tidak menolaknya daripada menjadi LMG yang sangat serba boleh dan kuat.

Assault Rifle: VK-47 Flatline

Peringkat B untuk senjata-senjata yang padu kita mulakan dengan Flatline! Tapi malangnya tidak dapa mengalahkan Hemlok kerana Ia melakukan lebih sedikit kerosakan, kadar kebakaran yang lebih tinggi dan pusingan perlahan bergerak bermakna ia boleh berasa sangat tidak konsisten. Kadang-kadang, terasa seolah-olah Flatline mampu membunuh dengan cepat, namun tembakan seterusnya mungkin rasa lemah. Namun, ia adalah senjata yang berdaya maju di semua peringkat perlawanan dan sangat membantu dengan beberapa lampiran tambahan.

Sniper: G7 Scout

G7 Scout adalah salah satu senjata yang paling diingini dalam Apex Legends, tetapi ia mempunyai beberapa kelemahan membuatkanya jauh di belakang Longbow. Tanpa skop, ia sangat berguna dalam jarak dekat, tetapi secara realistik memang payah untuk menjatuhkan musuh terutama jika musuh menggunakan rifle. Dengan skop dan beberapa jarak antara anda dan sasaran anda, keupayaan Scout untuk tembakan spam dapat membuktikan berguna, dan hop-up double-baru yang baru adalah tambahan yang bagus.

EMG: L-Star

Sebuah senjata yang kuat dengan memberi kerosakan sebanyak 21 poin di badan dan 42 di kepala. Tetapi, disebabkan mengguna peluru yang unik membuatka kepayahan untuk menggunakanya. Cara penggunaan pun agak sukar, dimana anda akan merasa anda kemungkinan telah membazir banyak peluru sehingga anda berjaya mengawal recoil.

Sniper Rifle: Charge Rifle

Masih baru didalam dunia Apex Legends, senjata ini masih baru sangat untuk kami menilai. Tanggapan awal walaupun mencadangkan bahawa Charge Rifle tidak semestinya akan menjadi senjata dalam senarai anda. Sama seperti L-Star, ia juga merupakan sukar ditemui. Isu sebenar dengan Charge Rifle bukan pada tahap kerosakannya, tetapi ia menembak seperti ‘pukulan amaran’, dan disebabkan oleh kadar tembakan yang lambat dan pukulan charge-up shot, musuh biasanya boleh mengelaknya dengan mudah.

Rujukan lain;

Sumber: Tiermaker/Reddit

Okay sampai sini perkongsian kali ini. Banyak lagi senjata yang makin padu dan seronok digunakan sepanjang Apex Legends sehingga musim ketiga ini! Dan banyak lagi yang lebih layak berada didalam senarai ini. Apa pun harap perkongsian kami dapat memberi anda sedikit rujukan untuk memilih senjata yang terbaik!

Sumber: Apex Legends

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Apex LegendsApex Legends Season 3: MeltdownApex Legends Weapon Tier ListSenarai Senjatatier listTier Senjata
Previous Post

HEBAT! Teaser baru mendedahkan kita boleh main demo FINAL FANTASY VII REMAKE di GameStart 2019!

Next Post

MSI mengumumkan siri ALPHA baru, Gaming Laptop PERTAMA dengan Teknologi 7nm!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
MSI mengumumkan siri ALPHA baru, Gaming Laptop PERTAMA dengan Teknologi 7nm!

MSI mengumumkan siri ALPHA baru, Gaming Laptop PERTAMA dengan Teknologi 7nm!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd