Kali ini, kami ingin berkongsi fakta berkenaan Naruto. Seperti yang kita tahu, Naruto mempunyai reka bentuk yang cukup dikenali. Dia memakai jaket oren terang dan mempunyai lingkaran merah di belakang, headband yang mengenakan simbol Konoha dan memakai selipar Zōri. Walau bagaimanapun, kita dapat lihat perbezaan yang ketara dengan watak yang lain seperti misai pada kedua-dua belah mukanya.

Terdapat misteri di sebalik misai yang ada pada muka Naruto dan masih tiada lagi maklumat rasmi tentang misainya itu sehingga hari ini. Terdapat penjelasan yang menarik berkaitan misai Naruto selain reka bentuk yang menarik dan unik untuk menonjolkan lagi watak utama dalam siri Naruto ini.
Jawapan pertama dan paling mudah untuk misai Naruto ialah pilihan reka bentuk. Masashi Kishimoto mahu Naruto kelihatan seperti musang yang telah mengambil bentuk manusia. Ada yang mengatakan bahawa rupa sebenar Naruto adalah musang.
Ebisu juga mencadangkan dalam bab awal bahawa Naruto adalah bentuk manusia kepada musang berekor sembilan dan ia merupakan metafora yang terbaik dalam siri ini.

Misai yang mengenakan garis hitam itu adalah hasil daripada manga yang menggunakan format hitam dan putih sahaja. Terdapat alternatif lain yang mencadangkan untuk menghitamkan sedikit muka Naruto lalu menggunakan garis putih di mukanya, tetapi itu akan menjadi lebih usaha daripada yang sepatutnya.
Misai mungkin hanya pilihan kreatif, tetapi tidak semua peminat berpuas hati dengan jawapan sedemikian, jadi mereka mencari petunjuk dalam naratif. Sebagai contoh, misai kelihatan seperti sifat tersendiri, tetapi ia tidak eksklusif untuk Naruto. Mereka juga muncul pada Ginkaku dan Kinkaku, yang memperoleh sebahagian daripada chakra Sembilan-ekor dengan memakan dagingnya. Ini boleh bermakna bahawa tanda itu eksklusif untuk mereka yang mempunyai kaitan dengan Kurama.

Teori mengenai misai ini disokong lagi apabila rupa misai berubah apabila chakra musang ekor sembilan digunakan. Semasa Naruto menggunakannya, misainya menjadi lebih besar dan menutupi lebih banyak pipinya. Apabila Naruto menggunakan mod chakra Ekor sembilan yang lebih tinggi, misainya menjadi tanda yang kelihatan jelas pada mukanya. Nampaknya perubahan ini menunjukkan bahawa misai itu adalah di bawah pengaruh musang ekor sembilan.

Terdapat beberapa teori yang boleh dibahaskan, seperti Naruto dilahirkan dengan misai sedangkan musang berekor sembilan belum dimasukkan ke dalam dirinya. Kedua, ibu Naruto iaitu Kushina yang pernah menjadi jinchuriki musang berekor sembilan, namun wajahnya tidak mempunyai apa-apa misai.
Tambahan, anak-anak Naruto mempunyai corak misai di muka mereka walaupun tidak pernah menerima chakra secara langsung dengan Kurama. Mungkin ini semua hanya kesilapan yang terlepas pandang oleh Kishimoto, jika tidak, mesti ada sebab lain untuk misai ini.

Jadi, apa pendapat korang tentang misai di muka Naruto dan watak-watak lain? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita tentang Naruto, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post