Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Malaysian Football League mengumumkan perasmian ePiala Malaysia 2019!

Lapan pemain terbaik esport bola sepak Malaysia akan mewakili suku akhir Piala Malaysia.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 25, 2019
in Acara, Artikel, Berita, PS4
0 0
0
Malaysian Football League mengumumkan perasmian ePiala Malaysia 2019!
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysian Football League (MFL) kini menyatukan peminat bola sepak di alam maya dengan pelancaran ePiala Malaysia 2019. Kerjasama eksklusif bersama Gamesbond, yang merupakan penganjur rasmi kejohanan esport ini adalah sebahagian daripada usaha MFL untuk menyokong
esport – sebuah platform sukan yang popular di kalangan pemuda di Malaysia – dan untuk menjana
minat yang lebih kuat terhadap bola sepak tradisional.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran ePiala Malaysia 2019, lapan pemain terpilih – adalah antara pemain terbaik Malaysia di FIFA Global Leaderboard dan juga pernah mewakili negara dalam kejohanan esports antarabangsa, dipilih untuk mewakili lapan pemain di suku akhir Piala Malaysia 2019, iaitu Johor
Darul Ta’zim, Kedah, Melaka, Pahang, Perak, PKNP FC, Selangor dan Terengganu FC.

ePiala Malaysia 2019 yang dimainkan pada permainan video FIFA 20 terkini dan menggunakan
pelantar PlayStation 4 bermula 26 September 2019 untuk peringkat suku akhir, diikuti oleh peringkat separuh akhir pada 17 Oktober 2019 dan peringkat akhir pada 2 November 2019. Para pemain akan bermain menggunakan format home-away (5 minit setiap setengah perlawanan) untuk pusingan suku akhir dan separuh akhir, manakala pusingan akhir akan dimainkan dengan perlawanan separuh masa 6 minit. Final ePiala Malaysia 2019 akan dimainkan sebelum perlawanan sebenar di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Setiap pemain di ePiala Malaysia 2019 akan mengekalkan pasukan mereka sepanjang tempoh e tournament, dengan juara ePiala Malaysia 2019 pertama memenangi wang hadiah dan trofi bernilai RM5,000. Pemenang juga akan mendapat peluang untuk menjulang trofi ePiala Malaysia di Final Piala Malaysia 2019.

Lapan pemain yang mengambil bahagian di ePiala Malaysia 2019:

  1. LuqmanHzq – Muhammad Luqman Haziq Bin Hajiman, 22 tahun
  2. Amtuah – Nur Amirul Bin Afandi, 25 tahun
  3. Syahril – Muhammad Syahril Mispardi, 33 tahun
  4. Infamous9 – Kathireswaran Sugumaran, 25 tahun
  5. Bale – Mirza Mohammad Nabil Beg Bin Mirza Mohammad Taiyab Beg, 22 tahun
  6. IsMirza – Iskandar Mirza Bin Mohd Mustafa, 21 tahun
  7. Ayen – Ahmad Shahrin Bin Shaharudin, 19 tahun
  8. Killer – Putera Sufrie Nizam Bin Subardron, 18 tahun

“Oleh kerana Malaysia mempunyai salah satu jumlah peminat bola sepak esports terbesar di dalam rantau dan masyarakat menunjukkan sokongan yang kuat untuk acara berkaitan esport yang diadakan, kami berharap dapat terus memacu minat menerusi acara ini.

kata Muhammad Fazli Razak, Managing Director untuk Gamesbond.

Perlawanan ePiala Malaysia 2019, yang menampilkan pengulas bola sepak esports terbaik Hafiz ‘Desaifer’ Sudin dan Matthews ‘Matt’ Izzac, akan disiarkan secara langsung melalui laman Facebook MFL dan saluran Bola Sepak Malaysia di iflix. ePiala Malaysia 2019 juga dengan bangganya disokong oleh rakan-rakan berikut:

  • BenQ – Official Gaming Monitor
  • Thermaltake – Official Gaming Peripheral
  • Seagate – Official Game Drive
  • eGG Network – Official Media Partner
  • iflix – Official OTT Partner
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ePiala Malaysia 2019FIFA 20GamesbondMalaysiaMalaysian Football LeaguePlayStation 4
Previous Post

Temuramah bersama KingQueen XStreamer! – Jangan cakap dalam GAME tak boleh jumpa JODOH!

Next Post

Anak anda mula terjebak dengan bermain game di PC? Ini panduan untuk anda bagi memantau mereka

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Anak anda mula terjebak dengan bermain game di PC? Ini panduan untuk anda bagi memantau mereka

Anak anda mula terjebak dengan bermain game di PC? Ini panduan untuk anda bagi memantau mereka

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd