Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Malaysia Raih Pingat Gangsa Dalam Kejohanan Dota 2 di Sukan Asia Hangzhou!

Maira by Maira
October 3, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Game
0 0
0
Malaysia Raih Pingat Gangsa Dalam Kejohanan Dota 2 di Sukan Asia Hangzhou!

Sumber: Majlis Sukan Negara Malaysia

Share on FacebookShare on Twitter

Pasukan e-sukan Dota 2 negara, nampaknya telah menyumbang satu lagi pingat apabila berjaya mengalahkan pasukan Kyrgyzstan semasa perlawanan untuk pingat gangsa di Sukan Asia Hangzhou!

Pasukan Arena of Valor Malaysia yang terdiri daripada Lai Chia Chien, Nicholas Ng Khai Shuan, Ong Jun Yang, Eng Jun Hao, Yong Zhan Quan dan Chong Han Hui, telah menewaskan Hong Kong dan Vietnam dalam perjalanan mereka ke final. Malangnya, mereka tewas kepada tuan rumah China sebanyak 2-0.

Sumber: Majlis Sukan Negara Malaysia

Walaupun pasukan itu masih lagi kecewa dengan kekalahan dengan China, 2-1, mereka masih lagi bersemangat semasa perlawanan menentang Kyrgyzstan. Pasukan Dota 2 negara yang diwakili oleh Yap Jian Wei, Ng Wei Poong, Cheng Jin Xiang, Chan Kok Hong, Thiay Jun Wen dan Tue Soon Chun akhirnya menewaskan pihak lawan dengan mata sebanyak 2-0.

Pada awalnya, jurulatih pasukan, Cai Yifeng menyatakan keyakinannya bahawa pingat emas bakal dibawa oleh China atau Malaysia. Tetapi selepas beberapa isu teknikal yang berlaku, pasukan Dota 2 negara telah mengalami masalah, membuatkan mereka kecundang semasa pertemuan dengan tuan rumah, China 2-1 semasa peringkat semi-final.

Sumber: Majlis Sukan Negara Malaysia

Memetik daripada Berita Harian, jurulatih itu berkata:

“Kami tidak berpuas hati dengan keputusan ini tetapi kami akan terus mencuba.

“Walaupun apa yang kami inginkan adalah pingat emas, tetapi kami harus menerima hakikat bahawa hanya pingat gangsa mampu diberikan kepada negara.

“Saya berjanji kepada semua orang bahawa kami akan memenangi emas pada masa akan datang,” kata Yifeng.

Sumber: Majlis Sukan Negara Malaysia

Kalau anda ingin tahu, ini merupakan pingat kedua yang telah disumbang oleh kontinjen e-sukan negara untuk Sukan Asia Hangzhou ini! Pada minggu lalu, wakil negara untuk Arena of Valor telah pun menyumbang pingat perak! Ini sesuatu yang membanggakan kepada negara. Harap-harap dengan kejayaan ini, dunia e-sukan dalam Malaysia akan lebih rancak pada masa depan.

Baca segala liputan kami tentang e-sukan di SINI!

Muat turun di sini
Dota 2
Developer: Valve
Release Date: 2013-07-09
Microsoft Windows
Dota 2 adalah permainan multiplayer online battle arena yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Valve. Permainan ini adalah sekuel kepada Defence of the Ancients, yang merupakan mod buatan masyarakat untuk Warcraft III: Reign of Chaos dan expansion pack, The Frozen Throne, daripada Blizzard Entertainment.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dota 2Sukan Asia Hangzhou
ShareTweetSend
Previous Post

Pengalaman Santai di Junji Ito Horror House! Penuh dengan Karya Junji Ito!

Next Post

Mencari Alternatif Splatoon? Boleh Cuba Dreams: Unlimited links di Steam Sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Zenless Zone Zero: Siapa Yang Patut Anda Pull Untuk Update 2.0?
Panduan

Zenless Zone Zero: Siapa Yang Patut Anda Pull Untuk Update 2.0?

June 6, 2025
Zenless Zone Zero 2.0 – Panduan Dapatkan Polychrome Maksimum
Panduan

Zenless Zone Zero 2.0 – Panduan Dapatkan Polychrome Maksimum

June 6, 2025
Zenless Zone Zero: – Agent, Bangboo, W-Engine & Drive Disc Baru Untuk Update 2.0
Panduan

Zenless Zone Zero: – Agent, Bangboo, W-Engine & Drive Disc Baru Untuk Update 2.0

June 6, 2025
Next Post
Mencari Alternatif Splatoon? Boleh Cuba Dreams: Unlimited links di Steam Sekarang!

Mencari Alternatif Splatoon? Boleh Cuba Dreams: Unlimited links di Steam Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd