Penapisan dalam komik dan manga sudah tidak asing lagi. Kini di Malaysia, manga Attack on Titan telah menjadi viral kerana terdapat isu “censored” yang unik. Pada 3 Februari 2021, seorang pengguna Twitter bernama @WallyyTheGreat memuat naik foto manga Attack on Titan versi Malaysia yang menunjukkan adegan Attack Titan melawan Warhammer Titan. Yang peliknya dalam gambar itu ialah kedua-dua Titan tersebut memakai seluar dalam!
The Attack on Titan manga in Malaysia is very different…..
There the titans wear a pair of underwears because of the censorship laws there💀 pic.twitter.com/1VTlHA3A0Y
— Wally⚡ (@WallyyTheGreat) February 2, 2021
Setelah tweet itu menjadi viral, lebih ramai peminat Attack on Titan di Malaysia membuka suara. Pengguna Twitter @InsyirahNajwa11 memberitahu bahawa manga Attack on Titan miliknya tidak mempunyai isu seperti ini dan membukti kenyataan tersebut dengan memuat naik gambar.
Wait but mine is normal pic.twitter.com/vR3NSkvvCH
— sausage (@InsyirahNajwa11) February 3, 2021
Maka, kita terbahagi kepada netizen Malaysia yang membaca manga Attack on Titan versi “censored” dan versi “normal“. Kenapa ada dua versi ini dan siapa sebenarnya yang menapis manga Attack on Titan di Malaysia?
Menurut pengguna Twitter –syizel–, versi yang ditapis ini berasal dari majalah Kreko, manakala yang tidak ditapis adalah versi bahasa Inggeris daripada Kodansha. Mungkin ramai pembaca manga baru di Malaysia yang tidak kenal Kreko tetapi ia adalah majalah yang memaparkan terjemahan komik bahasa Jepun ke dalam bahasa Melayu.
Pada 2008, Kreko menjadi antara majalah yang paling laris di Malaysia selepas edarannya mencecah angka 90,000 naskhah sebulan. Antara manga yang diterbitkan adalah One Piece, Eyeshield 21, Death Note, Naruto, Yakitate Japan, dan banyak lagi. Selepas 20 tahun dalam penerbitan, majalah Kreko akhirnya ditamatkan dengan isu 31 pada 21 November 2019.
Sudah tentu, Attack on Titan ditapis dalam majalah Kreko supaya manga dapat dibaca oleh semua orang tetapi ramai membangkitkan isu;
“Badannya dicensored, tapi aksi keganasan tidak ditapis pula?”.
Apa pendapat anda pula? Untuk segala liputan kami tentang Attack on Titan, sila lawat pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post