Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Maksimumkan selling point game anda” – Sarah Johana daripada Toge Productions [Level Up KL 22]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 6, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Game, Industri, Pameran/Expo
0 0
0
“Maksimumkan selling point game anda” – Sarah Johana daripada Toge Productions [Level Up KL 22]
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara Level Up KL 2022, kami menghadiri pembentangan oleh Sarah Johana, selaku Ketua Pemasaran Toge Productions dari Indonesia tentang ciri-ciri reka bentuk game dan bagaimana untuk memaksimumkan selling point anda. Jika kebetulan anda pun membuat kajian tentang topik, mari kita belajar dengan lebih lanjut!

Jadi mengapa aspek ini penting dalam pemasaran game?

Pertama sekali; untuk membuat game jenis komersial, apa yang diperlukan oleh pemaju adalah untuk melakukan penyelidikan dan validasi tentang pasaran.

Ini untuk memeriksa sama ada sesuatu produk, servis, atau sistem (atau sebahagian daripadanya) memenuhi ketetapan keperluan reka bentuk awal, spesifikasi dan peraturan.

Ciri-ciri hebat yang boleh jadi daya tarikan

“Bahagian yang anda boleh fokus untuk menarik minat para gamer adalah seperti “tajuk, muzik, kesan emosi, visual -semua butiran tersebut untuk menonjolkan game anda.”

Sebagai contoh, bagi game yang belum dikeluarkan, kadangkala pemaju akan hasilkan demo untuk menunjukkan sebahagian daripada game mereka. Bagi pemain yang mencuba demo tersebut, mereka dikehendaki mengisi borang yang bertanya tentang pelbagai topik untuk ditambah seperti jalan cerita, muzik, dan sebagainya serta harga jangkaan daripada pemain.

Semua respons ini akan disenaraikan di mana pemaju akan melakukan analisis untuk membuat perubahan sepatutnya.

“Anda perlu tahu kapasiti (pemaju) anda, dan juga kehendak pasaran.”

Buat perubahan yang patut

Berkenaan elemen reka bentuk, ia membolehkan anda tahu ke mana hala tuju game seperti gaya permainan apa yang sesuai dan ciri-ciri yang dimahukan. Pada masa yang sama, pemaju juga perlu tahu jenis atau kelompok pemain mana yang mereka ingin fokus.

Dari sana, titik fokus akan dikecilkan. Yang penting adalah untuk membuat sesuatu yang dimahukan oleh pemaju, dan juga oleh pemain.

“Kami mahu orang ramai bermain apa yang mereka harapkan, dan itulah yang kami lakukan.”

kata Sarah Johana daripada Toge.

Sebaik sahaja mempunyai semua data penting, pemaju perlu memaksimumkan titik jualan terkuat bagi game. Contohnya, ada pemain suka seni piksel, jadi dalam iklan akan menunjukkan visual piksel tentang permainan.

Analisis bukan sahaja untuk game, tetapi untuk strategi pemasaran dan mengkaji pesaing. Di situ, anda akan lebih tahu tentang pasaran lalu dapat beri fokus tambahan pada aspek paling istimewa tentang game anda.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Level Up KL 2022, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Level Up KL 2022
Previous Post

Don’t look at The demon Tampil Sebagai Filem Tempatan Pertama Ditayangkan di Amerika!

Next Post

Filem Black Clover bakal dikeluarkan di Netflix pada 31 Mac 2023! [UPDATE]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Filem Black Clover bakal dikeluarkan di Netflix pada 31 Mac 2023! [UPDATE]

Filem Black Clover bakal dikeluarkan di Netflix pada 31 Mac 2023! [UPDATE]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd