Square Enix dan pembangun Team Ninja telah mengeluarkan treler terakhir serta maklumat baru untuk game Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin yang memperkenalkan watak baru iaitu Kraken dan Lich dan banyak lagi! Berikut adalah treler akhir yang telah dilepaskan:
Apa itu Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin?
Dengan ingatan perjuangan mereka terkubur jauh di dalam hati mereka…
Cornelia adalah kerajaan yang ditakluki oleh kegelapan. Untuk memusnahkan Chaos, punca kegelapan, Jack memulakan perjalanan dengan Jed dan Ash, yang berkongsi matlamat yang sama.
Ketika mereka mengharungi jalan melalui gelombang raksasa, didorongi dengan semangat yang membara untuk mengalahkan Chaos, orang ramai mula berharap bahawa mereka mungkin penyelamat yang diramalkan. Namun, tiada siapa dapat membayangkan kebenaran yang menunggu untuk dibongkar…

Dalam Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin, sebuah kisah hebat yang terungkap bersama protagonis, Jack.
Game ini menampilkan gameplay aksi di mana pemain menggunakan pelbagai kebolehan untuk menumpaskan musuh mereka, dan elemen RPG termasuk sistem kerja yang biasa dijumpai dalam francais Final Fantasy, mengumpul senjata yang berbeza, dan menyesuaikan serta membangunkan watak. Ciri gameplay ini boleh dinikmati pada beberapa tahap kesukaran.
Adakah dengan memulihkan cahaya kristal boleh membawa kedamaian atau bentuk kegelapan yang baru? …Atau mungkin sesuatu yang lain sepenuhnya?
Watak
Kraken

“Anda berani mengacukan pedang pada Kraken!? Awak lupa tempat awak!”
Fiend of Water, Kraken menyerang dengan ganas dengan tentakel panjang dan serangan pantas. Ia mampu mencuri buff dan menggunakan persekitarannya untuk melepaskan serangan elemental air.
Lich

“Impian yang dungu. Tidak kira betapa anda inginkannya, ianya tidak akan tiba.”
Fiend of Earth. Mahir menggunakan slinging spell atau serangan yang memberikan status “sakit”. Ia adalah lawan sukar yang boleh menyebabkan Curse, yang menurunkan Break Gauge atau memanggil skeleton.
Upgrade kelengkapan

Peralatan boleh diperolehi dengan mengalahkan musuh atau membuka peti harta karun di sepanjang laluan anda. Sekeping peralatan yang sama boleh mempunyai pertalian kerja yang berbeza atau kesan khas. Ia mungkin berbaloi dengan masa anda untuk menjalankan misi beberapa kali untuk mencari peralatan yang lebih rare.
Sistem kerja: Advanced job
Anda boleh menukar antara dua job berbeza semasa pertempuran. Terdapat pelbagai jenis gaya pertempuran yang mungkin bergantung pada gabungan job yang telah anda tetapkan. Advanced job menggunakan aksi yang lebih tersendiri, dan banyak job boleh menggunakan pelbagai senjata.
- Red Mage

Red Mages ialah pengguna sihir serba boleh yang menggunakan kedua-dua sihir hitam dan putih. Ini membolehkan mereka untuk menyerang dan memberikan sokongan dalam parti. Gunakan aksi unik Red Mage, chainspell, untuk memberikan damage tinggi kepada musuh anda sambil mengurangkan rintangan elemental mereka secara serentak.
- Berserker

Seseorang yang pakar dengan direct attack, menggunakan kapak dan pedang besar, Berserker mempunyai akses kepada keupayaan berserk. Walaupun keupayaan ini aktif, kuasa serangan anda meningkat dengan ketara—tetapi boleh menjadi pilihan yang berisiko, kerana anda kehilangan keupayaan untuk menggunakan potion.
- Samurai

Samurai ialah seorang yang bagus untuk memulihkan MP. Walaupun di bawah kesan tindakan unik Samurai, meikyo-shisui, serangan biasa akan menambah jumlah MP yang lebih besar dan menangkis juga akan memulihkan MP. Lepaskan diri dengan MP anda yang telah diisi semula dan gunakan pelbagai pukulan dengan kebolehan kombo.
Lokasi dalam Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin
- Sunken Shrine

Bolehkah cahaya misteri ini menjadi tenaga hidup planet yang diekstrak oleh makmal itu? Makmal yang mempunyai sistem keselamatan tinggi di dasasr laut ini dikawal sepenuhnya oleh mesin dan penuh dengan tenaga air.
- Cavern of Earth

Gua bawah tanah, penuh dengan tenaga bumi. Segala jenis perangkap menghalang mereka yang ingin memasukinya. Bersepah dengan mayat, ia menyerupai sebuah perkuburan yang luas. Agaknya apa yang bersembunyi di kedalaman gua ini, jauh di bawah bumi…?
Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store pada 18 Mac. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game ini, sila klik pautan ini.
Sumber: Gematsu
@gamersantaimy
Discussion about this post