Game seram baru “The Callisto Protocol” dianggap sebagai salah satu game paling menakjubkan secara visual pada dekad ini, tetapi tidak disukai oleh para gamer kerana isu gameplay. Menelan kos bajet yang besar untuk dihasilkan, malangnya The Callisto Protocol tidak dapat mencapai jangkaan orang ramai. Kini, kami menerima laporan bahawa penerbit sedang mengalami kerugian besar.
Menurut VGC, The Callisto Protocol menelan kos lebih daripada 200 juta won (RM 699 juta) untuk dihasilkan, tetapi gagal menjana keuntungan semula. Disebabkan game itu tidak mencapai sasaran jualan, pelabur Krafton terpaksa “menurunkan harga saham sasaran”.

Semasa mula-mula merancang, Krafton menjangkakan game ini akan menjual kira-kira dalam lima juta salinan, tetapi jualan kumulatif setakat ini untuk The Callisto Protocol hanyalah cecah sekitar dua juta salinan. Dalam situasi ini, ramai broker saham berpendapat ia akan menjadi satu cabaran untuk mencapai sasaran itu. Sebagai perbandingan, Resident Evil Village sebuah lagi game horror survival, berjaya menjual enam juta unit dalam tempoh enam bulan pertama.
Jadi apa masalah utamanya?

Dikeluarkan pada 2 Disember 2022, The Callisto Protocol tidak digemari kerana ramai pemain menganggap gameplay bersifat repetitif, jalan cerita yang membosankan, dan variasi musuh yang tidak unik. Walalupun begitu, memang tidak boleh dinafikan visual grafiknya adalah antara yang terhebat saya pernah lihat setakat ini.
Walaupun kos RM 699 juta untuk membuat Callisto mungkin nampak ekstrem, ada beberapa game lain yang membuat kesilapan yang sama. Contoh paling besar adalah Cyberpunk 2077 oleh CD Projekt Red yang menelan duit sebanyak $174 juta (anggaran RM 750 juta) untuk dibuat.

Pada zaman sekarang, kos untuk membuat sebuah AAA semakin meningkat, jadi ini bermakna pembangun dan penerbit terpaksa mengambil risiko yang besar apabila membangunkan sebuah judul. Jika tidak dihasilkan sebaik mungkin, mereka juga yang akan rugi besar dan dibenci.
Tetapi jangan biarkan info ini menghalang anda untuk cuba game ini! Jika berminat, The Callisto Protocol kini tersedia di semua platform gaming utama.

@gamersantaimy
Discussion about this post