Wizards of the Coast meraikan ulang tahun ke-30 Magic: The Gathering di Gen Con, konvensyen original sama di mana ramai peminat dahulu menemui “magis permainan kad” ini pada tahun 1993. Untuk meraikan 30 tahun itu, sebuah panel diadakan untuk memberi pandangan pertama pada projek, kolaborasi dan rancangan akan datang untuk Magic: The Gathering hingga 2026 yang termasuk francais Jurassic World, Assassin’s Creed, Fallout, Final Fantasy, dan banyak lagi.
Kami mengumpulkan semua maklumat, jadi berikut adalah rancangan dan projek terbaru Magic: The Gathering sehingga 2026:
Wilds of Eldraine (tarikh keluaran: 8 September)
Wilds of Eldraine menandakan permulaan naratif baharu selama beberapa tahun dalam multiverse Magic. Pemain akan bertemu watak yang diilhamkan oleh kisah dongeng semasa mereka berurusan dengan hal-hal selepas pencerobohan Phyrexian.
Doctor Who (tarikh keluaran: 13 Oktober 2023)

Set Universe Beyond akan datang, Magic: The Gathering – Doctor Who menampilkan empat dek Commander, yang meliputi 60 tahun francais ikonik itu dan membenarkan pemain untuk mengalami detik kegemaran dari rancangan itu dan cipta kenangan istimewa sendiri. Dek ini dibina dari atas ke bawah untuk menangkap keseronokan dan rasa ikonik watak dan cerita Doctor Who.
Lost Caverns of Ixalan (tarikh keluaran: S4 2023)

Selepas menerokai hutan belantara di Eldraine, pemain akan kembali ke Ixalan—tempat dinosaur berkeliaran—dalam The Lost Caverns of Ixalan. Set ini termasuk kolaborasi dengan francais blockbuster Jurassic World—dan juga meraikan ulang tahunnya yang ke-30 tahun ini dengan keluaran Jurassic Park pada 1993—dengan kad yang memaparkan seni serba baharu berkisarkan watak dan adegan ikonik yang merangkumi merentasi enam filem dalam francais Jurassic World.
Ravnica Remastered (tarikh keluaran: S1 2024)

Pada 2024, Wizards of the Coast akan mengeluarkan koleksi kad remastered daripada Ravnica, sebuah alam yang pada asalnya memulakan debut pada tahun 2005. Ravnica Remastered merangkumi semua yang peminat suka tentang set original Ravnica —seperti penekanan yang kuat pada guild—dan termasuk kad dari setiap blok Ravnica.
Murders at Karlov Manor (tarikh keluaran: S1 2024)

Dalam Murders at Karlov Manor, pemain akan mengalami Ravnica melalui mata detektif yang paling cerdik. Bersama visi baharu, Murders at Karlov Manor ialah cubaan Magic dalam genre detektif dengan pelbagai klu, rahsia, identiti tersembunyi, dan misteri untuk dibongkar. Dengan tema “siapa yang bunuh”; peminat perlu menggunakan kemahiran mereka untuk menyelesaikan teka-teki inovatif demi melarikan diri.
Ravnica: Clue Edition (tarikh keluaran: Q1 2024)

Ravnica: Clue Edition menggabungkan pengalaman menyelesaikan jenayah dan pelakon berwarna-warni dengan kedalaman strategik Magic dalam persekitaran Ravnica. Pengalaman serba lengkap, Ravnica: Clue Edition ialah permainan kendiri yang mengalu-alukan peminat Magic dan Clue sama-sama untuk melepaskan personaliti penyiasat dan menyelesaikan misteri sebagai detektif utama Ravnica.
Magic: The Gathering Fallout Commander Decks (tarikh keluaran: Mac 2024)

Dengan kerjasama Bethesda Softworks, Universes Beyond akan membawakan francais game ikonik Fallout di Magic: The Gathering dengan Dek Commander bertema Fallout sedia untuk dimainkan.
Outlaws of Thunder Junction (tarikh keluaran: S2 2024)

Pada tahun 2024, Magic: The Gathering akan membawa pemain ke dunia baharu dengan Outlaws of Thunder Junction. Menampilkan beberapa penjahat Magic yang paling terkenal, Outlaws of Thunder Junction adalah kisah penuh aksi fantasi yang membayangkan semula genre barat.
Assassin’s Creed (tarikh keluaran: Julai 2024)

Dengan kerjasama Ubisoft, Universes Beyond akan membawakan pengembaraan sejarah yang mengasyikkan dan epik dari Assassin’s Creed ke Magic: The Gathering. Set Assassin’s Creed menampilkan semua game Assassin’s Creed yang dikeluarkan sehingga kini, dengan kad unik secara mekanikal dan reka semula yang menampilkan karya seni baharu.
Modern Horizons 3 (tarikh keluaran: 2024)

Modern Horizons kembali pada tahun 2024 dengan Modern Horizons 3. Ramai pemain menyukai set Modern Horizons kerana format draf yang memuaskan dan penuh nostalgia, jadi anda boleh mengharapkan semua itu dan banyak lagi dengan watak kegemaran peminat—termasuk kad dua muka—dan Planeswalker.
Bloomburrow (tarikh keluaran: S3 2024)

Akan dikeluarkan pada 2024, peminat Magic boleh menerokai Bloomburrow, dunia baharu yang comel dan selesa yang tidak melibatkan manusia sama sekali, sebaliknya termasuk kawan haiwan antropomorfik—seperti tupai, katak, tikus dan arnab—yang perlu bersatu untuk misi penting.
Duskmourn: House of Horror (tarikh keluaran: S4 2024)

Dikeluarkan lewat pada tahun 2024, Magic: The Gathering meneroka tema yang lebih moden dengan Duskmourn: House of Horror, yang berlaku di rumah agam berhantu dan mendapat inspirasi daripada filem seram, game dan media era 1980-an.
Inistrad Remastered (tarikh keluaran: 2025)
Innistrad Remastered ialah satu lagi ansuran dalam siri Remastered. Set ini akan membawa segala-galanya yang peminat suka tentang tema seram gothic Inistrad tetapi disusun dalam satu set.
Final Fantasy (tarikh keluaran: 2025)

Siri Final Fantasy akan datang ke Magic: The Gathering sebagai keluaran tentpole booster pada tahun 2025. Set ini akan merangkumi setiap game utama FINAL FANTASY utama yang telah dikeluarkan setakat ini, daripada Final Fantasy original hingga ke Final Fantasy XVI yang dikeluarkan baru-baru ini. Set ini juga akan tersedia untuk dimainkan secara digital dalam Magic: The Gathering Arena.
Nama sementara: Tennis (tarikh keluaran: S1 2025)

Pada tahun 2025, set yang kini diberi nama sementara sebagai “Tennis” meneroka genre perlumbaan, tetapi dengan sentuhan Magic. Set ini akan menjadi perlumbaan kematian multiplanar pertama Magic merentasi tiga alam berbeza.
Nama sementara: Ultimate (tarikh keluaran: 2025)

Banyak naga hebat boleh didapati dalam set “Ultimate” yang akan kembali ke alam kegemaran peminat daripada Tarkir.
Nama sementara: Volleyball (tarikh keluaran: 2025)

Dikeluarkan pada separuh kedua 2025, set “Volleyball” akan berlangsung di angkasa dan menghantar pemain ke kisah sains fiksyen angkasa lepas.
Nama sementara: Wrestling (tarikh keluaran: 2025)
Peminat suka alam Lorwyn kerana goblin, kithkin, fairy dan elve. Magic: The Gathering akan kembali ke Lorwyn dalam set “Wrestling,” yang akan dikeluarkan pada 2025.
Nama sementara: Yachting (tarikh keluaran: 2026)
Set “Yachting” kembali ke Strixhaven di Arcavios, salah satu alam baru daripada Magic yang menampilkan pelajar, profesor dan segala-galanya yang anda jangkakan daripada kolej sihir.
Nama sementara: Ziplining (tarikh keluaran: 2026)
Kesimpulan epik untuk naratif epik yang bermula di Wilds of Eldraine -sama seperti War of the Spark atau March of the Machine—dalam set bernama “Ziplining” yang dilancarkan pada 2026.
Untuk baca segala liputan kami tentang produk Magic: The Gathering, sila tekan pautan ini. Anda juga boleh melayari laman web rasmi MtG di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post