Busan Indie Connect Festival 2023 (BIC 2023) telah rasminya bermula pada 25 Ogos yang lalu dan pengunjung telah diperkenalkan dengan pelbagai jenis game indie daripada pelbagai pembangun daripada seluruh dunia. Kami berpeluang untuk menemu ramah producer game Maelstream, Ye Jun Jung dan bertanyakan beberapa soalan mengenai game yang dibangunkannya secara solo. Tanpa membuang masa, teruskan membaca artikel di bawah!

Boleh perkenalkan diri anda?
Ye Jun Jung: Hai, nama saya Ye Jun Jung dan sekarang ini membangunkan game berseorangan di BINU Games. BINU membawa maksud “Universe baharu”, kerana saya rasa game mempunyai sesuatu yang mempesonakan dalam mengalami dunia baharu.
Boleh perkenalkan game yang anda bangunkan sekarang?
Ye Jun Jung:Maelstream merupakan sebuah game mobile action RPG yang mempunyai dua teras, iaitu “Apocaplyse” dan “Broadcasting”.
Sebagai pemain, anda akan bermain melalui pandangan dron, di mana ia dikawal untuk menyesuaikan skrin dengan aksi combat. Semasa merakam raksasa dan watak, anda akan mendapat tenaga daripada penonton. Tenaga tersebut membolehkan skill anda untuk diaktifkan. Selepas stage selesai, anda akan mendapat item level up daripada penonton. Sekarang ini game masih dalam pembangunan dan penceritaan unik untuk lebih banyak stage akan dilepaskan.

Ada detik-detik menarik semasa anda membangunkan Maelstream?
Ye Jun Jung:Memandangkan saya membangunkan game ini berseorangan, terdapat banyak kesukaran yang saya hadapi. Tetapi saya rasa fikir dunia dalam game ini sangat menarik. Jadi saya teruskan untuk dapatkan lebih banyak maklum balas dan sembang pasaran.
Berapa lama anda bangunkan game ini?
Ye Jun Jung:Saya rancang game ini dan belajar untuk membangunkannya selama dua tahun. Game ini telah mengambil masa setengah tahun untuk kelihatan seperti game menggunakan pelbagai aset grafik dan sumber yang saya ada.

Ada perkara tambahan yang anda ingin sampaikan mengenai Maelstream?
Ye Jun Jung:Game ini akan dilancarkan pada Mei 2024 pada Android dan iOS. Saya akan pasarkannya di Asia dahulu. Jadi saya harap lebih ramai pemain yang akan main game saya. Terima kasih.

Dengan soalan terakhir dijawab oleh Ye Jun Jung, maka berakhirlah sesi temu ramah eksklusif ini. Ribuan terima kasih kepada Ye Jun Jung kerana sudi menjawab soalan kami. Maelstream akan dilancarkan pada 2024 dan tersedia dalam bahasa Korea dan Inggeris.
BIC 2023 sedang berlangsung di BEXCO, Busan, Korea Selatan. Untuk info lanjut mengenainya, anda boleh melayari pautan di bawah:
<Info Busan Indie Connect Festival 2023>
- Laman web rasmi: https://bicfest.org
- Twitch: https://www.twitch.tv/jonnindie
- Instagram: https://www.instagram.com/bicfest_official
- Facebook: https://www.facebook.com/BICfestival
- Twitter: https://twitter.com/BIC_Festival
- Naver POST: http://naver.me/5pNb2IKH
@gamersantaimy
Discussion about this post