Filem M3GAN telah mendapat sambutan hangat daripada penonton seluruh dunia dan nampaknya ia tidak akan berhenti di situ sahaja. Dilaporkan bahawa filem tersebut sah mendapat sekuel dan ia akan tiba di pawagam pada 2025.
Menurut THR, James Wan dan Blumhouse secara rasmi mengumumkan sekuel filem tersebut. Bertajuk M3GAN 2.0, filem tersebut dijadualkan untuk hadir ke pawagam pada 17 Januari 2025. Penulis skrip filem asal, Akela Cooper juga akan kembali untuk mengarang skrip untuk kisah patung ini.

Bukan setakat itu sahaja, kedua-dua pelakon utama dalam M3GAN, Allison Williams dan Violet McGraw juga dikhabarkan akan kembali. Tetapi masih tiada berita jika pelakon M3GAN akan kembali untuk menghidupkan kembali robot AI tersebut. Sebagai tambahan, Allison Williams akan sertai James Wan dan Jason Blum untuk penghasilan filem ini.

Kepada anda yang tidak mengenali filem ini, ia mengisahkan seorang pencipta bernama Gemma yang telah menghasilkan sebuah patung robot AI yang ditugaskan untuk melindungi, mengajar dan bermain dengan kanak-kanak. Tetapi sesuatu telah berlaku kepada kod AI tersebut membuatkan patung itu bertukar ganas dan mula membunuh sesiapa yang mengancam Cady, anak saudara Gemma.

Filem itu telah mengaut kutipan sebanyak RM 396 juta daripada seluruh dunia. Rasanya ia mampu mencecah keuntungan sebanyak RM 400 juta nanti.
Anda yang masih belum menonton M3GAN, bolehlah pergi ke pawagam yang terdekat. Kami juga ada mengulas filem tersebut. Untuk mendapatkan liputan lain berkaitan filem daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post