Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lysfanga: The Time Shift Warrior Demo — Klonkan Diri Dengan Ulangi Masa! [TGS23]

Maira by Maira
September 24, 2023 - Updated on September 27, 2023
in Artikel, Berita, Demo, Epic Store, Game, Pandangan Pertama, PC, Steam
0 0
0
Lysfanga: The Time Shift Warrior Demo — Klonkan Diri Dengan Ulangi Masa! [TGS23]

Sumber: Quantic Dream

Share on FacebookShare on Twitter

Quantic Dream, penerbit terkenal di sebalik game seperti Detroit dan Heavy Rain akan melepaskan game baharu iaitu Lysfanga: The Time Shift Warrior. Kami berpeluang untuk mencuba demo game di Tokyo Game Show 2023. Tanpa membuang masa, berikut adalah pandangan pertama kami untuk game tersebut!

Bagi kami, Lysfanga: The Time Shift Warrior merupakan sebuah game yang unik. Pertama kali kami melihat game tersebut, ia seperti mempunyai DNA Roguelite padanya tetapi gameplay terasnya sangat berbeza daripada apa yang dijangkakan. Ia tertumpu kepada dua elemen iaitu gameplay taktikal dan time shift. Bermakna game tersebut menawarkan aksi combat, di mana anda boleh menggunakan combo dan skill. Tetapi keutamaannya lebih kepada pendekatan strategik ketika melawan musuh.

Anda hanya boleh melawan musuh apabila sampai ke arena tertentu di mana anda mendapat peluang untuk scout tempat itu terlebih dahulu supaya anda boleh mendapatkan idea bagaimana untuk selesaikan stage tersebut. Sebelum memulakan pertarungan, game ini juga membenarkan pemain mengakses menu skill jika anda ingin menukar sebahagian daripadanya.

Selepas anda cetuskan pertarungan, anda perlu fokus pada satu tempat tertentu dan kalahkan seberapa banyak musuh yang anda boleh. Terdapat had masa di mana watak anda perlu mengulangi masa, jadi anda tidak mungkin dapat mengalahkan semua musuh sahaja. Apabila mengulang masa, watak utama, Ime akan meninggalkan Remnant dirinya yang sudah terlibat dalam pertarungan sebelumnya sebelum masa diulang. Jadi anda boleh membiarkan Remnant ini melakukan kerja sambil menumpukan perhatian kepada musuh yang anda belum kalahkan. Terdapat juga had untuk berapa kali anda boleh undur, jadi jika anda tidak dapat mengalahkan musuh apabila had dicapai, maka anda perlu mencuba semula stage tersebut.

Sumber: Quantic Dream

Pada mulanya ia adalah sangat mudah, watak mempunyai mobiliti yang bagus untuk mengelilingi arena, tetapi kemudiannya stage akan menjadi lebih besar sambil memperkenalkan musuh baru yang anda boleh kalahkan dengan menggunakan sistem Rewind. Sebagai contoh terdapat raksasa berkembar yang bersambung antara satu sama lain, tetapi anda hanya boleh mengalahkan mereka secara serentak kerana jika tidak mereka hanya akan pulih semula.

Jadi pada asasnya anda boleh menggunakan Remnant untuk menjaga salah seorang daripada Twin tersebut, manakala anda uruskan yang lain. Terdapat juga musuh besar dengan perisai di mana anda perlu menyerang terlebih dahulu untuk sedikit masa, dan selepas Rewind anda boleh pergi di belakangnya untuk akhirnya memberikan sedikit damage.

Sumber: Quantic Dream

Saya amat menghargai betapa kreatif game ini distrukturkan, dan sistem Rewind akhirnya menjadi benda utama game dan bukannya hanya gimik. Semakin jauh anda pergi, semakin anda dapat merasakan kesengitan gameplay dan bagaimana ia mungkin menjadi game yang lebih sukar daripada yang kami jangkakan. Watak yang digunakan pula boleh tank banyak serangan, terima kasih pada rune khas yang disediakan untuk demo. Kalau tidak terpaksa ulang semula selepas mendapat satu hit, kata pembangun.

Terdapat juga cabaran bos yang kami dapat main dengan tiga fasa, dan ia benar-benar sengit. Pengalaman ini hampir seperti melawan bos raid dengan cara anda juga perlu mengelak serangan bertubi-tubi dengan menjauhi musuh lain. Kami telah menggunakan rune dan ia sudah susah, jadi saya tidak dapat bayangkan betapa mencabarnya ia pada akhir game nanti.

Sumber: Quantic Dream

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan untuk demo Lysfanga. Dibangunkan oleh Sand Door Studio, Lysfanga: The Time Shift Warrior akan dilepaskan di PC melalui Steam dan Epic Games Show.Untuk mendapatkan liputan lain kami mengenai Tokyo Game Show 2023, boleh klik pautan ini.

Segala liputan kami tentang Tokyo Game Show disampaikan bersama kerjasama Predator Gaming.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DemoLysfanga: The Time Shift WarriorTGS2023Tokyo Game Show 2023
ShareTweetSend
Previous Post

Pengalaman main Honkai Star Rail di PS5 – Lancar atau tidak? [TGS23]

Next Post

Haikyu!! the Movie: The Battle of the Garbage Dump Bakal Tayang di Jepun Pada Februari 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Haikyu!! the Movie: The Battle of the Garbage Dump Bakal Tayang di Jepun Pada Februari 2024!

Haikyu!! the Movie: The Battle of the Garbage Dump Bakal Tayang di Jepun Pada Februari 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd