Prince of Persia: The Sands of Time Remake dari Ubisoft, yang telah ditangguhkan sebelum ini sejak didedahkan awal September lalu, nampaknya telah mengesahkan pelepasanya untuk tahun depan. Jadi para peminat yang menanti, bolehlah lupakan sahaja cadangan pelancarannya untuk tahun ini.
Pada asalnya, pembuatan semula Sands of Time ini yang sedang dikembangkan oleh Ubisoft Pune dan Mumbai – dijadualkan dilancarkan pada Januari ini, tetapi telah menangguhkan penerbitannya hingga bulan Mac. Namun, ketika bulan Februari tiba, Ubisoft mengumumkan akan menunda permainan sekali lagi, kali ini selama-lamanya, sementara ia berusaha untuk menyampaikan “pembuatan semula yang terasa segar sambil tetap setia pada jalan yang asli”.
Selain itu, Prince of Persia: The Sands of Time Remake tidak akan muncul dalam siaran Ubisoft Forward yang dirancang untuk 12 Jun jam 12:00 malam. PT / 3:00 petang MY.
Memang agak kecewa bagi peminat yang telah menanti lama pembuatan semula ini, sehingga terasa kecewa sekali lagi dengan pernyataan baru yang dikongsikan di Twitter Prince of Persia, secara terang-terangan mengesahkan bahawa pembuatan semula itu tidak akan hadir dalam live streaming Ubisoft Forward tahun ini – penerbit telah berkongsi tetingkap pelepasan yang disemak semula pada tahun 2022 untuk permainan ini.
A message from the Prince of Persia: The Sands of Time Remake dev team: pic.twitter.com/3B8tgUGkwl
— Prince of Persia™ (@princeofpersia) June 7, 2021
“Ubisoft Forward sudah hampir dan kami ingin menggunakan masa ini untuk mengucapkan terima kasih atas jumlah sokongan yang anda tunjukkan kepada kami pada tahun lalu. Seperti yang mungkin sudah anda baca, Price of Persia: The Sands of Time Remake tidak akan ada di Ubisoft Forward. Kami membuat kemajuan besar untuk permainan kami dilancarkan tahun depan, tetapi kami belum bersedia untuk berkongsi maklumat tambahan” .
Menurut pengumuman awal Ubisoft, pembuatan semula Sands of Time akan menampilkan peningkatan visual dan aset grafik yang lebih baik dibandingkan dengan yang asli tahun 2003, di samping kamera baru dan kawalan tempur yang diperbaiki. Rakaman tambahan dan rakaman suara juga telah dibuat, dengan pelakon Prince asal Yuri Lowenthal kembali berperanan dan pelakon Guidestones Supinder Wraich berperan sebagai Farah.
Walaupun Ubisoft tidak memberikan butiran tambahan sebagai sebahagian daripada pengumuman terbarunya, ia mengatakan lebih banyak akan terungkap “sebaik kami siap”. Jadi, para peminat Price of Persia: The Sands of Time haruslah sabar sedikit lagi, pasti ramai yang faham, lagi-lagi untuk memberikan yang terbaik musim pandemik ini memang banyak jalan yang berliku. Walau bagaimanapun, kami akan terus mengongsikan jika ada berita terbaru mengenai permainan ini ok!

@gamersantaimy
Discussion about this post