Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Luas, Lekuk, Grafik menakjubkan? Ini ulasan kami untuk Monitor Acer AOpen 27HC5RP terbaru!

Apa lagi ditunggunya tu? Jom la beli!

Nyny.A by Nyny.A
June 23, 2020 - Updated on June 28, 2020
in Artikel, Berita, Komputer, Monitor, Produk, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Luas, Lekuk, Grafik menakjubkan? Ini ulasan kami untuk Monitor Acer AOpen 27HC5RP terbaru!
Share on FacebookShare on Twitter

Anda msaih ingat kami pernah mengongsikan 3 serangkai Monitor Acer AOpen terbaru awal bulan Jun hari itu? Siapa sangka (sambil angkat kening sebelah), Acer telah sekali lagi memberi kami untuk mencuba sendiri produk terbaru siri ini! Ya, ditangan saya sekarang adalah Monitor Acer AOpen 27HC5RP terbaru yang sememangnya menarik jiwa dan mata para gamers sedunia kerana lekuknya, grafik FHD nya, besar skrin nya~ Eh semualah! Saya akan kongsikan sendiri pengalaman saya menggunakan monitor untuk review kali ini!

Tanpa melengahkan masa lagi… Jom kita mulakan! Bagi anda lihat dulu bertapa gah nya Monitor Acer AOpen 27HC5RP  terbaru ini sambil mengongsikan apa yang ada pada cirinya!

Paparan FHD dan Curved?? Wow gempak weh!

Monitor Acer AOpen 27HC5RP terbaru yang sebesar 27′ inci ini dilengkapi dengan Full HD dimana setiap game yang kami main kan memang nampak ibarat nyata! Bukan setakat game PC yang biasa-biasa kami cuba, kami sambungkan monitor ini untuk mencuba permainan eksklusif PlayStation 4 terbaru yang kini tengah hangat iaitu The Last of Us Part II!

Color gamut yang mencecah sehingga 72% NTSC serta warna yang menyerlah di skrin memang membuat sesebuah permainan yang dimainkan nampak realiti! Resolusi FHD yang disediakan juga nyata menajamkan setiap pandangan dari dalam permainan dan bukan setakat permainan, saya sendiri mencuba mengedit beberapa gambar, nyata setiap warna yang dikeluarkan memang tidak tersilap pilih!

Bukan itu sahaja, dengan keluasan paparan bersama 1500R paparan Curved, seluruh tontonan sinematik atau permainan yang gempak dimainkan akan mengurangkan kesakitan mata dengan skrin ini! Ada lagi, monitor ini turut mempunyai rekaan tanpa bingkai “ZeroFrame“. Tidak terlupa, AOpen 27HC5RP juga dilengkapi dengan reka bentuk VESA mount dan adjustable stand yang membolehkan pengguna mencari kedudukan tontonan ideal mereka. Juga terdapat lubang port dibelakang tersedia untuk HDMI,DP dan lubang kuasa serta Jack Headphone! Ibarat dalam dunia permainan? Sudah semestinya anda akan berada dalam dunia anda sendiri dengan keseronokan dan kepuasan penglihatan pada setiap inci skrin ini!!

Teknologi AMD FreeSync yang tersedia!

Nak lihat sebuah monitor yang kekal stabil dengan framerate nya? Monitor Acer AOpen 27HC5RP lah jawapannya! Dilengkapi dengan Radeon FreeSync, framerate diselaraskan dengan kad grafik, yang menghilangkan penipisan skrin dan memberikan pengalaman permainan yang sangat lancar!

Jadi anda tidak perlu risau jika rate anda jatuh, kerana Overclock boleh mencecah sehingga 165Hz Refresh Rate dimana pada setiap penggerakkan permainan akan menjadi lancar dan itu termasuk pada randering bingkai serta mengurangkan lag input! Game yang saya main? Sudah tentu terlebih lancar! Jadi anda tidak perlu risau lagi dengan rasa sebarang lag atau blur dalam permainan kerana Response Time bagi monitor ini adalah 5ms!

Mod yang tersedia atas pilihan anda!

Setiap monitor sudah semestinya ada pilihan mod yang tersedia pada pengguna, sama juga seperti Monitor Acer AOpen 27HC5RP ini. Antaranya seperti butang yang tersorok dibawah monitor adalah untuk Power On/Off, juga untuk membuka tetapan monitor yang termasuk “Brightness“, “Sound Audio” serta beberapa ciri mod pandangan yang tersedia yang sesuai untuk game, atau anda seorang penjimat dan sayangkan sekeliling, maka mod Eco lah pilihan anda. Terdapat juga mod Movie serta Grafik yang semestinya sesuai untuk tontonan filem, atau menggunakan editor termasuk editor video dan graafik.

Spesifikasi Monitor Acer AOpen 27HC5RP

Jenis Frameless
Warna Black
Saiz Paparan 27″
Kawasan Paparan Aktif (mm) 597.88 x 336.31
Jenis Panel VA
Max. Resolusi dan Refresh Rate 1920×1080 @ overclock to 165Hz
Glare N
Response Time 5ms (G to G)
Contrast Ratio 4000:1 (Native)
Brightness 250 (typ)/225 (min) nits (cd/m2)
Viewing Angle 178° (H), 178° (V)
Colors 16.7 million
Color gamut 72% NTSC
Bits 8Bit
Input Signal DP x 1 + HDMI x 2 + Earphone x 1
VESA Wall Mounting 75 x 75mm
Speaker N
Power Supply (100 – 240 V) External Adapter
Tilt -5° ~ 20°
Swivel N/A
Height Adjustment N/A
Pivot N/A
Power Consumption TBD

Berbaloi atau pun tidak untuk pembelian?

Keseluruhan pendapat saya bagi monitor Acer AOpen 27HC5RP, adalah sesuatu dalam pilihan untuk anda yang sememangnya mencari monitor baru yang perlu disesuaikan dengan PC Gaming korang! Betul! Saya yang tengah mencari monitor ini pun rasa menyesal terbeli yang lain sebelum monitor ini keluar!

Harga dia, tersangatlah berbaloi! Sebab apa, dengan kualiti grafik yang sangat memuaskan pandangan, serta keluasan paparan sehingga “ZeroFrame”, audio yang hadir juga masih memuaskan, semua ini hanya berharga RM699.00 sahaja!!! Murah dan berbaloi sangat kan? Sebab 27′ inci beb! Bukan 21 atau 24′ tetapi 27′ dan Curved!

Pada anda yang berminat  nak membeli monitor Acer AOpen 27HC5RP ini, jangan segan-segan dan teruskan pembelian anda di:

Authorized reseller 
Kedai Dalam Talian Rasmi Acer https://store.acer.com/en-my
Kedai Dalam Talian Rasmi Acer (Shopee) https://shopee.com.my/m/acer-official-shop
Kedai Dalam Talian Acer – Viewnet (Shopee) https://shopee.com.my/acer.os.viewnet
Kedai Dalam Talian Acer – Just IT (Shopee) https://shopee.com.my/acer.os.justit
Kedai Dalam Talian Acer – NotebookPlaza (Shopee) https://shopee.com.my/acer.os.nbp
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Acer AOpen 27HC5RPAOpen 27HC5RPMonitor Acer AOpen 27HC5RPreviewReview Acer AOpen 27HC5RPulasanulasan Acer AOpen 27HC5RP
Previous Post

ASUS ROG Phone III akan keluar pada Julai! Bateri 6000mAh, Snapdragon 865 & 16GB RAM!

Next Post

Bina pasukan hero ikonik di game DC Battle Arena! Khas di mobile!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

‘Gunbound’ Akan Kembali Tidak Lama Lagi, Game Artileri Klasik Kini Berwajah Baharu
Berita

‘Gunbound’ Akan Kembali Tidak Lama Lagi, Game Artileri Klasik Kini Berwajah Baharu

June 4, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5
Berita

The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5

June 4, 2025
Next Post
Bina pasukan hero ikonik di game DC Battle Arena! Khas di mobile!

Bina pasukan hero ikonik di game DC Battle Arena! Khas di mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd