Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[#LoL10th] Kami bina yang terbaik untuk game kami! – Temuramah bersama Jia Tan Art Director Research & Development dan Jane Chen In-Game Product Lead Riot Games

Kami teruja dengan temuramah mengenai permainan terbaru iaitu Wild Rift!

Nyny.A by Nyny.A
October 16, 2019
in Acara, Artikel, Berita, Temuramah
0 0
0
[#LoL10th] Kami bina yang terbaik untuk game kami! – Temuramah bersama Jia Tan Art Director Research & Development dan Jane Chen In-Game Product Lead Riot Games
Share on FacebookShare on Twitter

Dah ada kat acara ulangtahun ke-10 League of Legends kan, sudah tentulah kami tidak melepaskan peluang untuk menemuramah orang-orang penting dari Riot Games di Singapura ini! Iya kali ini kami dapat menemuramah Art Director bahagian Research & Development di Riot Games iaitu Jia Tan dan Jane Chen dari China yang merupakan In-Game Product Lead! Menariknya tentang Jia Tan ini, beliau adalah anak Malaysia yang berasal dari Pulau Pinang! Sudah bersama Riot sejak 2 tahun lebih yang lalu, dan sebelum ini beliau juga pernah terlibat dalam beberapa projek Star Wars! Manakala Jane pula bekerja dengan Riot Game selama 7 tahun!!

Jadi dalam temuramah ini, kami tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan mengenai permainan terbaru yang terutamanya memberi fokus pada League of Legends: Wild Rift yang bakal hadir ke platform mobile tahun 2020. Dikatakan permainan ini akan hadir di platform mobile dahulu dan akan diikuti platform konsol selepas itu. Menurut mereka, bagi platform konsol masih dalam pembikinan dan lebih info akan diberitahu kelak.

Melalui perkongsian Jia Tan Wild Rift masih lagi asas yang sama dengan LoL dan bukanya kesemuanya dialihkan dalam versi mobile/konsol. Ianya lebih kepada mendekonstruksi dan membina untuk pengalaman baru yang segar kepada pemain. Jadi dari arah seni, peningkatan untuk dipebaharui seboleh mungkin. Seperti dikongsiakan di video treler, watak Ashe diambil masa untuk mereka bentuk semula untuk dikemaskini bagi sesuai untuk versi mobile.

Selain itu, kami ada bertanyakan sama ada skin-skin watak akan sama seperti didalam platform PC atau tidak, Jia Tan menyatakan ia bukanya mustahil kerana kebanyakkan pemain asal LoL yang telah bermain selama 10 tahun sudah semestinya habis banyak wang atas pembelian skin-skin didalam permainan dan dengan cuba menghormati pemain lama, Riot akan mencuba, Walaubagaimanapun, pengesahan butiran masih belum pasti.

Beliau juga menyatakan secara umum, falsafah mereka adalah kualiti lebih daripada kuantiti sehingga sebab mengapa mereka tidak mengambil semua itu dan hanya meletakkan ke dalam permainan, mereka cuba untuk memberi kualiti terbaik , terutamanya dengan juara yang unik kepada Wild Rift. Pelbagai usaha yang dibuat untuk memastikan ia merupakan perwakilan terbaik LoL.

Di LoL PC, elemental dragon akan spawn di kawasan yang berlainan. Jadi begitu juga untuk Wild Rift bagi mengekalkan naga tersebut. Sama juga yang lain, selagi boleh untuk menyamakan seperti LoL yang asal, mereka akan cuba yang terbaik untuk Wild Rift.

Sering ditanya oleh semua pihak sama ada permainan ini akan menjadi ‘crossplay’ antara PC dan mobile, tetapi, mereka masih tidak dapat memberi keputusam Apapun mengenai ini akan dikemaskini kelak.

Jia Tan turut menyatakan bahawa terdapat 40 watak ketika pelancaran dan secara pantas untuk menambahkan lagi. Seperti yang kita tahu terdapat lebih 140 watak yang ada dalam versi asal, jadi mereka akan memilih yang unik dan terbaik untuk versi mobile terdahulu .

Dalam beberapa situasi, mereka juga akan membuat penambahbaikan untuk platform atau untuk pertimbangan permainan. Seperti dalam video, anda mungkin dapat melihat bahawa anak panah Ashe benar-benar lengkung, dan itu kerana ia masuk akal di Wild Rift dan tidak semestinya masuk akal dalam PC LoL.

Begitu juga dengan set skil dari LoL yang asal, masih hampir serupa kepada yang asal dan mereka mencuba untuk tidak menukarkan sebarang perubahan kuasa untuk mengekalkan keaslian LoL. Selain itu, kemungkinan besar kita turut akan menerima watak eksklusif, tetapi sama ada sama atau tidak , mereka akan mencuba memberi watak baru untuk kesemua platform.

Oleh itu, ia menjadi sebahagian daripada ekosistem dan apa-apa kandungan yang mereka buat untuk Wild Rift adalah bertujuan untuk menjadi global, tetapi juga sesuatu yang boleh wujud dalam keseluruhan ekosistem. Terdapat juga pertimbangan bahawa mereka mempunyai lebih daripada 100 watak dalam tunggakan dan juga ingin menumpukan perhatian kepada perkara itu. Ini mungkin menjadi tumpuan utama mereka selepas dilancarkan sebab, pemain mengharapkan watak tersebut.

Summoner’s Rift merupakan peta dan mod yang unik untuk LoL yang asal, tetapi didalam versi mobile, rift akan menduduki di kawasan yang sama dan keserupaan yang hampir sama, tetapi ianya bukanlah Summoner rift yang sama.

Seperti kebanyakkan permainan mobile kini yang mempunyai kolaborasi bersama pelbagai jenama, anime dan sebagainya, Wild Rift juga berkemungkinan akan ada mod seperti itu. Itupun jika diberikan peluang dan Riot akan memberi pengalaman yang agung untuk produk mereka. Jia Tan menyatakan memang terdapat sesuatu yang istimewa akan datang kepada pemain.

Jadi sebelum berakhirnya sesi temuramah kami bersama Jia Tan, Jia Tan turut menyatakan beberapa mod lain turut dalam perancangan. Pelbagai pekara yang baik aka dibina untuk permainan ini. Apa pun sebarang informasi terbaru akan diumumkan Riot Games kelak. Jadi nantikan yang terbaik oleh Riot Games untuk League of Legends: Wild Rift akan datang tahun hadapan! Jangan lupa untuk pra-pendaftaran permainan ini di Google Play okay!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Jia Tan Riot GamesLeague of legendsLeague of Legends 10th AnniversaryLeague of Legends: Wild RiftLolRiot GamesWild Rift
Previous Post

PlayStation Awards 2019 mengumumkan Butiran Acara, User Voting & YouTube Broadcast!

Next Post

[#LoL10th] Temuramah bersama dua orang hebat di Riot Games iaitu Chris Tran Head Of Esports & Marc John Head of Marketing!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[#LoL10th] Temuramah bersama dua orang hebat di Riot Games iaitu Chris Tran Head Of Esports & Marc John Head of Marketing!

[#LoL10th] Temuramah bersama dua orang hebat di Riot Games iaitu Chris Tran Head Of Esports & Marc John Head of Marketing!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd