Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Little Nightmares III bakal keluar pada 2024, menambah ciri co-op buat kali pertama! [Gamescom 23]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 23, 2023
in Artikel, Berita, Multiplayer, Nintendo Switch, PC, Platformer, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Little Nightmares III bakal keluar pada 2024, menambah ciri co-op buat kali pertama! [Gamescom 23]
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bandai Namco dan Supermassive Games telah mengumumkan Little Nightmares III untuk platform PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC (Steam) sebagai sebahagian daripada Gamescom 2023: Opening Night Live. Walaupun tarikh keluaran tepat tidak diberi, game ini akan dilancarkan pada 2024.

Berikut adalah trailer rasmi:

Dalam Little Nightmares III, kita akan bermain sebagai Low and Alone – dua kanak-kanak yang hilang ketika mereka mencari jalan untuk keluar dari Nowhere. Terperangkap dalam Spiral, tempat misteri di mana perkara menakutkan berkumpul, kedua-dua rakan itu perlu bekerjasama untuk bertahan hidup dalam dunia berbahaya yang penuh dengan khayalan serta mencari cara untuk melarikan diri daripada cengkaman jahat yang mengintai daripada bayang-bayang.

Dalam perjalanan, teroka pelbagai tempat seperti padang pasir misteri Necropolis, karnival yang menyeramkan, kilang yang suram, dan banyak lagi. Lari daripada musuh baharu yang terdiri daripada askar kumbang, bayi gergasi, dan banyak lagi.

Kredit: Bandai Namco

Buat pertama kali dalam francais, hadapi jalan cerita bersama rakan secara online co-op atau secara solo dengan rakan AI. Pada masa yang sama, Low dan Alone masing-masing dilengkapi dengan item ikonik sendiri yang membolehkan mereka menyelesaikan pelbagai teka-teki dan mempertahankan diri terhadap cabaran baharu dan berbahaya yang menanti anda.

Anda dapat berinteraksi dengan dunia menggunakan busur dan anak panah Low serta sepana milik Alone, tetapi paling penting sekali – anda memerlukan kepintaran, ketabahan dan kreativiti untuk meneruskan perjalanan merentasi Spiral.

Kredit: Bandai Namco
Kredit: Bandai Namco

Adakah anda bersedia untuk menghadapi dunia Little Nightmares III? Game ini bakal keluar di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC (Steam) pada 2024.

Baca segala berita kami tentang Gamescom di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Little NightmaresLittle Nightmares III
ShareTweetSend
Previous Post

Daymare: 1994 Sandcastle Dedahkan Harga Rasmi untuk Malaysia! Trailer Terbaru Juga Didedahkan!

Next Post

TEKKEN 8 Akan Lancar Secara Rasmi pada 26 Januari 2024! Pre-order Sekarang! [Gamescom 23]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
TEKKEN 8 Akan Lancar Secara Rasmi pada 26 Januari 2024! Pre-order Sekarang! [Gamescom 23]

TEKKEN 8 Akan Lancar Secara Rasmi pada 26 Januari 2024! Pre-order Sekarang! [Gamescom 23]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd